• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Teka-Teki Berakhir… Laudya Cynthia Bella & Engku Emran Sudah Berpisah

Pelakon popular kelahiran Indonesia, Laudya Cynthia Bella akhirnya mendedahkan bahawa dia kini sudah berpisah dengan Engku Emran.

Menerusi pendedahan yang dibuat kepada Kompas.com dari InsertLive Trans TV, dia dan Engku Emran mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

“Saya ingin menjelaskan bahwa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” ujarnya yang hanya sempat bergelar isteri selama dua tahun sahaja.

Bagaimanapun, Bella belum menjelaskan secara lebih terperinci tentang tarikh sebenar mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Rumah tangga Bella dan Engku Emran dikhabarkan retak sejak akhir tahun 2019 setelah gambar Engku Emran sudah tidak lagi menghiasi akaun Instagram pelakon berkenaan.

Malah, baru-baru ini Emran diketahui tidak lagi mengikuti Instagram Laudya Cynthia Bella dan begitu juga sebaliknya serta akhir bulan lalu Emran telah membuang gambar Bella dari gambar profil Instagramnya.

Sebelum gambar profil Engku Emran berubah, ia menggunakan gambar Laudya bersama anaknya Aleesya dan sekarang, gambar profil tersebut diganti dengan gambar Emran tengah dipeluk Aleesya.

Laudya dan Engku Emran bernikah pada 8 September 2017. Acara pernikahan dan resepsi mereka berlangsung di Kuala Lumpur.

Engku Emran sebelum ini pernah mengalami kegagalan berumah tangga dengan Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aleesya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend