Cerita ArtisHiburan

Terlalu Menjiwai Watak, Haidar Hasanudin Terbawa Emosi Di Luar Set Penggambaran

Setelah lima tahun mengukuhkan kedudukan dalam industri lakonan tanah air, pelakon berbakat Haidar Hasanudin kini tampil dengan naskhah yang disifatkan sebagai titik tolak paling bermakna dalam kerjaya seninya menerusi drama terbaharu, Cinta Dalam Sekam.

Bagi Haidar,37, drama yang disiarkan di platform Viu itu bukan sekadar projek lakonan biasa, malah ia membawa impak emosi yang mendalam kepada dirinya secara peribadi.

“Selama lima tahun bergelumang dalam dunia seni, pada saya inilah projek lakonan yang paling saya nantikan. 

“Naskhah ini bukan sekadar karya yang kuat dari segi penceritaan, tetapi watak ini memberikan kesan yang sangat mendalam kepada diri saya secara peribadi kerana tuntutan emosi yang begitu tinggi,” katanya 

Haidar berkata demikian ketika ditemui semasa majlis tayangan premiere Cinta Dalam Sekam dan What’s Next on Viu di Odeon Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dedahnya, terdapat satu babak yang memerlukan mereka menjiwai watak dengan penuh emosi secara bersama-sama sehingga terbawa-bawa ke luar set penggambaran.

“Sebelum penggambaran babak tersebut, kami duduk berbincang dan tanpa sedar kami sama-sama menangis. Ia adalah satu momen yang jujur dan itulah yang menjadikan projek ini sangat berbeza. 

“Saya berasa amat berbesar hati apabila menerima maklum balas positif terhadap lakonan saya, malah pujian daripada rakan pelakon yang lebih berpengalaman memberikan saya semangat untuk terus memperbaiki kualiti diri,” jelasnya.

Selain Haidar, drama arahan Feroz Kader itu turut dibarisi oleh pelakon Siti Khadijah Halim, Amir Ahnaf, Riz Amin dan Husna Mustaffa. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button