Penyanyi popular, Ara Johari tampil dengan lagu baharu kolaborasi bersama komposer tempatan Aepul Roza & Daus Drama Band. Masih mengekalkan konsep “galau” untuk lagu kali ini selepas Menjaga Jodoh Orang Lain & Terlalu Bodoh.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Binti Johari, 29, berkata single berentak balada itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pasti menyentuh jiwa sesiapa yang pernah melalui pengalaman sama.
“Sudah setahun lebih Aepul mengirimkan lagu ni pada Ara, Ara tunggu masa yang sesuai untuk release, dan sekarang adalah masa yang terbaik untuk Ara release lagu ni.
“Kali ini penceritaan lagu ini tidak cliché kerana Ara rasa tak semua perpisahan itu harus berakhir dengan pergaduhan atau orang ketiga. Ada perpisahan yang tak perlukan alasan kenapa mereka harus berpisah” ujarnya.
Lagu berkenaan mengisahkan tentang sebuah perhubungan yang berakhir dengan perpisahan, bukan kerana ada orang ketiga, namun kedua-dua hati tidak ditakdirkan untuk bersatu.

Kisah Yang Hampir Sempurna merupakan hasil ciptaan komposer Aepul Roza & Daus Drama Band, lirik Aepul Roza bersama Ara Johari.
Lebih menarik muzik video rasmi KYHS menampilkan pelakon popular kegilaan ramai Hun Haqeem sebagai hero.
“Sejak Ara release Menjaga Jodoh Orang Lain & Terlalu Bodoh, ramai peminat yang tanya bila nak ada lagu bersama komposer tempatan supaya dapat masuk AJL, oleh kerana itu Ara beranggapan inilah masa yang sesuai untuk Ara release lagu ini.”
KYHS edaran Universal Music Malaysia ini sudah boleh didengari di semua platform streaming bermula Jumaat 9 October 2026. – KopiPlanet.com




