Cerita ArtisHiburan

Tiada Istilah Main-Main – Kamal Adli

Setelah hampir tiga tahun menjalin hubungan cinta, pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik mengenai hubungan mereka.

Kamal turut mengatakan hubungannya dengan aktres berdarah kacukan Melayu-Scottish itu adalah sesuatu yang serius dan dia tiada masa untuk main-main.

“Tiada istilah main-main. Saya memang dah bersedia nak kahwin sejak empat tahun lepas lagi, tetapi saya percaya pada jodoh, seru semua itu akan datang. Siapa tak nak kahwin kan.

“Kami tak boleh cakap lebih-lebih mengenai hal ini. Saya hanya harapkan doa daripada semua,” kata pelakon berkenaan ketika ditemui pada majlis pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong di sebuah hotel di ibu kota petang tadi.

Sementara itu, Emma pula ketika ditanya mengenai perkara berkenaan enggan bercerita lanjut mengenainya dan dia Cuma menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Ilahi.

“Kalau ada jodoh adalah… Doakan yang baik-baik sahaja. Saya tak nak cakap mengenai hal ini sebab kalau saya cakap saya dengan Kamal, nanti-nanti kalau saya kahwin dengan orang lain, dah lain pula cerita. Sebab itu saya percaya pada jodoh.

“Saya belajar dari kesilapan lalu (enggan terlalu berkongsi hal cinta),” katanya yang kini tampil dengan koleksi shawl hasil lukisannya.

Dalam pada itu, Emma yang juga mempunyai bakat melukis melihat perniagaan shawl itu sebagai satu hasil karyanya yang boleh dihadiahkan kepada peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya.

Kamal bertindak selaku pengacara majlis dalam majlis yang dianjurkan oleh kekasihnya semasa acara pelancaran My Sketchbook Shawl by Emma Maembong.

Koleksi tersebut merupakan hasil buah fikiran daripada dua kakak Emma iaitu Khadijah dan Yaya Maembong yang menguruskan perniagaan keluarga tersebut.

Koleksi shawl My Skecthbook by Emma Maembong dijual dari harga RM55 hingga RM99 boleh didapati menerusi stokis seluruh negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button