• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Tiada Niat Caras Sesiapa, Mahu Bantu Usahawan Melayu” – Ifa Raziah

Penyanyi Ifa Raziah menyatakan dirinya tidak berniat untuk mencaras mana-mana pihak berhubung penganjuran festival Star Vendors Raya Fest yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24-26 Mei nanti.

Ifa berkata, tujuan dia menganjurkan festival berkenaan adalah semata-mata mahu membantu usahawan Melayu yang ingin berniaga ketika bulan puasa.

“Sebelum ini saya memang pernah bekerjasama dengan sebuah penganjur festival. Namun, tahun ini sudah menjadi rezeki saya pula untuk bertindak sebagai penganjur.

“Jadi, tidak timbul isu mencaras mana-mana pihak. Lagipun saya menjalani sesi pitching selama dua minggu dan sudah membuat bayaran kepada pihak PWTC,” katanya yang akan menyediakan sebanyak 453 buah booth dengan harga yang berpatutan.

Ifa membuat sidang akhbar berkenaan bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan vendor yang ingin mendapatkan booth untuk berniaga.

Difahamkan, terdapat sebuah lagi penganjur festival jualan yang dikatakan mahu menganjurkan acara di lokasi serta tarikh yang sama dengan penganjuran Star Vendors Raya Fest. Malah, penganjur tersebut sudah memuat naik iklan penganjuran di laman sosial Instagram.

Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran Komunikasi PWTC, Intan Tantiyana Puteri Jaafar turut mengesahkan tentang penganjuran festival yang akan berlangsung nanti.

Jelasnya, setakat ini hanya Star Vendor Raya Fest sahaja yang telah diberikan persetujuan oleh pihak PWTC untuk menganjurkannya.

“Setakat ini hanya pihak Star Vendors Raya Fest sahaja yang sudah membuat pembayaran kepada kami untuk menganjurkan festival ini.

“Kalau ada pihak lain yang ingin menganjurkannya, terpulang kepada mereka kerana PWTC mempunyai banyak lagi ruang sekiranya mahu menganjurkan festival yang sama,” jelasnya.

Setakat ini, seramai 40 artis yang sudah mengesahkan untuk terbabit dalam acara festival yang akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend