• FOLLOW US
Filem, Terkini

Tiga Filem Pernah Tayang Di Astro First Bakal Ditayangkan Di Pawagam

Memandangkan pawagam tanah air kembali beroperasi sejak 1 Julai lalu, maka Astro Shaw mengambil inisiatif dengan membawakan filem-filem hebat yang pernah ditayangkan di Astro First semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu untuk ditayangkan di pawagam.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menjelaskan bahawa apabila pihak
kerajaan membenarkan pawagam kembali beroperasi, ia merupakan satu perkhabaran gembira buat mereka.

“Sebagai tanda sokongan Astro kepada pawagam, kami bawakan khas tiga buah filem hebat untuk ditayangkan di layar besar.

“Ketiga-tiga filem berbeza genre ini telah mencetus fenomena apabila berjaya mengungguli kutipan tinggi di Carta Astro First,” ujarnya.

Menurut beliau, langkah strategik ini akan dimulakan dengan penayangan filem terkini iaitu Syif Malam Raya pada 30 Julai, diikuti dengan Ada Apa Dengan Dosa bermula 10 September dan Town Mall pada 1 Oktober.

Jelasnya, ketiga-tiga filem tersebut telah melakar kejayaan tersendiri di Astro First seperti Syif Malam Raya berjaya meraih RM 3 juta dalam hanya tempoh 10 hari dan itu adalah satu pencapaian luar biasa bagi platform Astro First.

“Kami yakin pasti ramai yang turut ingin menikmati keseronokkan rasa seram komedi Syif Malam Raya, babak menyayat hati anak luar nikah dalam Ada Apa Dengan Dosa dan keseraman yang diinspirasi daripada kisah benar, Town Mall di layar besar.

“Selaras dengan itu, kami ingin beri peluang buat penonton untuk merasai perspektif dan pengalaman sinematik yang berbeza di panggung wayang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend