• FOLLOW US
Fashion, Gaya Hidup

Tips: Warna Baju Pengaruhi Mood Di Pejabat

Menerusi beberapa kajian yang dilakukan saintis, pemilihan warna baju boleh mempengaruhi mood ketika berada di pejabat.

Anda harus bijak menyuai padan busana yang dipilih bergantung kepada jenis mood yang anda ingini.

Jom check out warna-warna serta mood yang boleh mempengaruhi anda sepanjang berada di pejabat dari nine to five!

Kuning

Warna kuning boleh meningkatkan keyakinan diri anda. Jadi, jika ada meeting dengan klien, mungkin anda boleh cuba pakai rona kuning untuk cipta kelainan selain daripada mengenakan warna-warna typical seperti hitam, putih dan biru.

Biru

Jika ingin mendapatkan mood ketenangan, warna biru adalah yang paling sesuai sekali. Kalau hari sebelumnya anda letih bekerja, esok cubalah pakai blaus atau kemeja rona biru untuk dapatkan mood ketenangan itu ya!

Hijau

Selain biru, warna hijau juga terbukti membawa mood ketenangan. Jika tak berani pakai baju rona hijau terang, mulakan dengan aksesori dari rona tersebut seperti subang atau gelang tangan warna hijau.

Ungu

Menerusi kajian juga, warna ungu sangat disarankan dipakai ketika sedang menghadiri temu duga pekerjaan. Ini kerana warna tersebut boleh meningkatkan keyakinan diri serta menampakkan wajah anda kelihatan lebih dewasa dan matang.

Hitam

Warna yang paling universal sekali. You can never go wrong with black! Warna ini boleh membiaskan tubuh menjadi ramping. Selain itu, rona hitam mampu menerbitkan mood elegan dan sofistikated.

Jingga

Warna jingga mampu memainkan peranan dalam mencipta mood agar anda kelihatan lebih bersemangat tatkala sedang bekerja. Rona terangnya juga mampu menaikkan keceriaan pada diri si pemakainya. – KopiPlanet.com

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend