• FOLLOW US
Event, Hiburan

Toko Kilat Jelajah Tiga Negeri, Noh Salleh Tampil Penyanyi Undangan

Kumpulan yang menampilkan muzik pro rock serta dikenali dalam kalangan peminat band indie, Toko Kilat bakal mengadakan siri jelajah konsert mereka untuk tahun ini.

Salah seorang ahli kumpulannya, Edwin Raj berkata, mereka akan beraksi di tiga buah negeri iaitu Loft 29 George Town, Pulau Pinang (17 Ogos), Sunway Iskandar Nusajaya, Johor (24 Ogos) dan The Gasket Alley, Kuala Lumpur (14 September) bermula pada pukul 6.00 petang.

“Kini kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan ‘most anticipated album tour of the year’ yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019.

“Siri jelajah Toko Kilat ini adalah khusus buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh daripada kami,” ujarnya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

Selain Edwin, kumpulan berkenaan turut dianggotai Irfan Iskandar @ Cipan (drum), Mohamed Redzuan @ Wan (bass), Noor Azhari @ Toya (Gitar) dan Syaiful Taufek @ Paul (keyboard).

Menurut Edwin, untuk siri jelajah konsert mereka itu nanti, pihaknya turut memilih vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh selalu penyanyi undangan.

“Noh Salleh yang turut serta dalam siri jelajah ini akan tampil dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya dan dia akan turut mempromosikan hits terbaharunya iaitu Debu Bercahaya,” ujarnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan Toko Kilat sudah boleh mula dibeli oleh peminat dengan melayari laman web rasmi mereka iaitu www.tokokilatband.com yang berharga RM30 (early bird – tiket, keychain, sticker pack & poster), RM40 (pre-sale – tiket, keychain, sticker pack & poster) dan RM50 (tiket). – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend