• FOLLOW US
Gaya Hidup, Travel

Top 10 Bandar Yang Mesti Dilawati 2018!

2017 hampir melabuhkan tirainya tak sampai sebulan setengah sahaja lagi.

Bagi meraikan kedatangan 2018, KopiPlanet.com kongsikan 10 buah bandar di seluruh dunia yang mesti anda lawati tahun hadapan seperti yang disenaraikan Lonely Planet.

Jom kita semak!

1. Seville, Sepanyol

Sejak 10 tahun lalu, kota historikal Sepanyol ini dikenali sebagai bandar yang agak sibuk dengan kesesakan trafik namun ia semakin berkurangan sejak diperkenalkan dengan penggunaan basikal dan tram di kalangan penduduknya.

Tahun hadapan Seville akan menjadi tuan rumah Anugerah Filem Eropah ke-31, yang pastinya menyaksikan jumlah pelancong yang semakin bertambah di kawasan tersebut tahun hadapan!

2. Detroit, Amerika Syarikat

Selepas bertahun-tahun ‘diabaikan’, kali ini Detroit memasuki carta antara bandar yang perlu dilawati. Kebanyakan bangunan lama dan tinggal telah diubahsuai menjadi kedai-kedai baharu yang serba cantik dan moden seperti galeri dan kedai basikal yang hipster. Detroit juga terkenal dengan bangunan pencakar langit yang pastinya menjadi tumpuan utama pelancong.

3. Canberra, Australia

Jika sebelum ini kebanyakan penduduk Malaysia gemar berkunjung ke lokasi tipikal Australia seperti Perth, Melbourne dan Sydney, apa kata kali ini halakan tumpuan anda ke Canberra yang tidak kurang cantiknya.

Tahun hadapan, bandar ini akan menjadi tuan rumah kepada ulang tahun ke-100 pameran Perang Dunia Pertama yang diramal boleh menarik kedatangan pelancong ke sana.

4. Hamburg, Jerman

Kota yang mempunyai populasi penduduk seramai 1.7 juta ini merupakan bandar kedua terbesar di Jerman selepas Berlin.

Hamburg mempunyai bangunan menarik lebih-lebih gereja lama seperti St. Nicholas yang menjadi landmark kota tersebut selain Dewan Filhamonik Elbphilharmonie yang menjadi lokasi untuk konsert-konsert berskala besar di sana.

5. Kaohsiung, Taiwan

Bandar ini dikenali sebagai pusat sehenti seni dan budaya Taiwan.

Selain itu, para pelancong boleh melihat keindahan Selat Taiwan dengan mendaki ke 88m Eye of the Mountain skywalk.

6. Antwerp, Belgium

Belgium memang terkenal dengan sejarah kotanya yang tersendiri. Setiap tahun kalendar bandar itu dipenuhi dengan perarakan, pertunjukan budaya, konsert dan seni jalanan yang pastinya menarik untuk dilawati.

7. Matera, Itali

Mempunyai pemandangan yang sangat menarik seperti contoh perumahan berbukit dalam gambar ini. Matera merupakan salah sebuah kota yang paling lama wujud di dunia.

Bakal menjadi hos kepada Pertunjukan Budaya Eropah 2019, jadi jangan lupa berkunjung ke Matera sebelum ia sesak menjelang 2019.

8. San Juan, Puerto Rico

San Juan yang terletak di negara eksotik, Puerto Rico merupakan satu kawasan yang mana ciri kolonial bertembung dengan budaya moden. Kawasan lamanya memperlihatkan ciri-ciri binaan lama seperti gereja dan kubu pertahanan.

Sementara kawasan modennya pula memperlihatkan binaan galeri dan muzium seni sejajar dengan gaya hidup urban masyarakat muda di sana.

9. Guanajuato, Mexico

Bekas kawasan perlombongan ini kini semakin berkembang maju malah lokasi ini juga menjadi pilihan penerbit Pixar untuk menjadikannya sebagai lokasi utama filem animasi, Coco.

Malah, kawasan perumahan berbukit yang dihidupkan dengan pelbagai warna vibrant pastinya melambai-lambai anda untuk membidik gambar di situ.

10. Oslo, Norway

Ibu negara Norway ini mempunyai jumlah populasi penduduk paling ramai di negara Scandinavia itu.

Tahun hadapan, Raja dan Permaisuri Norway bakal menyambut ulang tahun ke-50 perkahwinan mereka dan pelbagai program direncanakan bagi tujuan itu. Lokasi yang turut menjadi tumpuan, Oslo Opera House yang mana menyaksikan pelbagai aktiviti dan pertunjukkan kebudayaan yang bakal diadakan bagi menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend