Filem

Trailer Menarik Buat Penonton Dah Tak Sabar Nak Tengok Bikin Filem!

Bakal ditayangkan bermula 5 November ini di saluran Astro First, Bikin Filem ternyata berjaya menarik perhatian peminat filem tempatan yang sudah tidak sabar untuk menonton naskhah terbitan Empire Film Solution Sdn. Bhd. ini.

Keterujaan itu diluahkan apabila ramai penonton mengakui terhibur selepas menonton trailer Bikin Filem yang merupakan hasil garapan Amirul Hisham Osman, 32, daripada Luminaire Music.

Menurut Amirul Hisham, dia menggunakan latar lagu nyanyian kumpulan Pretty Ugly berjudul Francis Ford Coppola bagi mencantikkan lagi trailer filem yang bergenre komedi/sindiran itu.

“Bagi saya kejayaan trailer Bikin Filem ini salah satu faktornya mungkin disebabkan pemilihan lagu Pretty Ugly yang dilihat cukup sesuai dengan jalan cerita filem ini yang berkisarkan gaya hidup selebriti popular yang penuh glamor.

“Selain itu, trailer ini juga berjaya menerima pujian daripada Youtuber yang sebelum ini sering kali menjemuh filem-filem tempatan. Bagi saya itu satu kejayaan apabila ia berjaya menarik perhatian semua golongan.

“Bagi saya untuk menarik perhatian penonton untuk melihat sesebuah filem, trailernya perlu mempunyai elemen kejutan agar mereka tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi selepas itu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Hanya mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkan trailer berdurasi lebih dua minit itu, Amirul Hisham berkata, “Walaupun ia berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang singkat, bila tengok hasil akhirnya memang saya rasa sangat berbaloi dan berpuas hati. Saya banyak masukkan babak-babak yang kuat beserta punch line yang menarik untuk mewarnakan lagi trailer ini.”

“Filem ini sendiri dah cukup menarik dengan jalan ceritanya yang cukup memberi komedi dan sindiran kepada orang dalam industri hiburan. Bagi saya trailer memang sangat memainkan peranan untuk tarik orang menonton sesebuah filem. Kalau trailer jahanam, tak mustahil filem itu pun akan habis (tidak laku),” jelasnya lagi.

Bikin Filem yang diarahkan Latiff Zami membariskan ramai pelakon popular seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Erra Fazira, Mark Adam, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi, Scha Alyahya, Azrel Ismail, Zain Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Azhar Sulaiman, Roy Azman, Mia Nasir, Kamarool Hj Yusoff dan Ucop.

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut. Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem Bikin Filem yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button