• FOLLOW US
Gaya Hidup, Travel

Travel: Do’s & Don’ts Ketika Melancong

Siapa yang tak suka pergi bercuti dan melancong kan. Kalau ada masa lapang pastinya aktiviti itu akan menjadi pilihan utama untuk digunakan bersama keluarga dan insan tersayang.

Namun begitu, kita perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum pergi melancong supaya tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

Di sini, KopiPlanet kongsikan beberapa tips do’s & don’ts tatkala berlibur untuk anda.

1. Beg/Luggage

Jika menggunakan backpack, sebaiknya pilihlah yang mempunyai komponen penyimpanan barang yang banyak. Ini supaya pakaian yang sudah dipakai tidak bercampur dengan pakaian yang masih lagi belum digunakan. Untuk aspek keselamatan, sebaiknya anda gantungkan nama, alamat dan nombor telefon pada beg tersebut untuk langkah berjaga-jaga.

2. Handbag

Kalau pergi melancong, pastikan bawa satu beg kecil atau beg tangan supaya anda boleh menyimpan segala dokumen penting seperti purse, telefon bimbit, kad akses hotel dan juga pasport. Untuk memudahkan pergerakan elakkan daripada membawa beg yang terlalu banyak detailing, sebaliknya pilih beg yang ringkas agar memudahkan pergerakan. Sebaiknya pilih beg jenis sling supaya anda boleh menyilangkannya di badan. Ini juga tips yang bagus untuk mengelak anda daripada menjadi mangsa kes ragut yang sering berlaku kebelakangan ini.

3. Kasut

Tinggalkan sebentar high heels anda. Cuba bawa kasut flat/ sandal yang paling selesa untuk anda menggembara dan berjalan-jalan di tempat orang. Rekaan kasut perlulah flat dengan perincian kusyen di bahagian dalam kasut untuk memastikan tapak kaki anda sentiasa berasa selesa. Jika melancong ke negara yang sedang mengalami perubahan musim sejuk, bawalah sepasang boot kegemaran anda agar dapat memanaskan kaki sepanjang vacation anda itu nanti.

4. Pakaian

Usah bawa terlalu banyak baju. Ini hanya akan membuatkan beg anda lebih berat selain menghadkan ruang untuk menyimpan barangan lain. Yang paling penting bawa pakaian yang lebih ringan serta tidak perlu digosok. Lagi satu tips, gulung pakaian, jangan lipatkannya bagi menjimatkan ruang dalam beg.

5. Kamera

Walaupun di zaman serba canggih ini orang ramai lebih gemar menggunakan telefon pintar bagi mengambil gambar, tak salah rasanya bawa sekali kamera DSLR bagi membidik foto yang lebih berseni. Namun begitu, anda perlu berhati-hati kerana kamera menjadi antara item yang paling digemari oleh peragut. Oleh itu, anda digalakkan untuk menggantung tali kamera secara sling atau simpankannya di dalam beg yang lebih selamat. Jangan sesekali menggantungkannya di leher kerana ia lebih menarik perhatian penjenayah selain memudahan ‘kerja’ mereka. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend