Cerita ArtisHiburan

Tuju K-Clique Pernah Rasa Kecewa Kerjaya Muzik Dikatakan Tiada Masa Depan

Salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju pernah merasai kekecewaan terhadap segelintir pandangan yang mengatakan kerjaya muzik tiada masa depan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, penyanyi itu turut berkongsi video perjalanan kariernya sebagai penyanyi.

“Muzik Tiada Masa Depan” tak boleh jadi kerjaya. Aku down, bila dengar perkataan ini keluar dari mulut orang.

“Kepada yang di luar sana, yang melihat ini teruskan mengejar cita cita kamu ! tiada yang tidak boleh lebihkan usaha doa kita peroleh,” tulisnya.

Ternyata luahan yang ditulisnya itu mendapat maklum balas peminat dan rakan-rakan artis yang memberikan sokongan kepadanya.

“Apa yang aku boleh buat, aku spark semua orang champ di landasan hidup mereka sendiri, jatuh sakit macam mana pun, kita boleh. 

“Tiada masalah di dunia ni yang tidak boleh di selesaikan, kecuali? Mati – GNELLO K-CLIQUE @siddekjasni kata semangat dari sahabatku,” tulisnya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button