Cerita ArtisHiburan

Usop Mohon Maaf, Tak Berniat Body Shaming Sherry Alhadad

Gurauan naib juara Big Stage 2020, Usop yang melibatkan bentuk badan (body shaming) pengacara Sherry Al Hadad di pentas akhir Big Stage 2020 pada malam Ahad mengundang kemarahan netizen di laman sosial.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, mengakui dia terlanjur kata dan memohon maaf secara terbuka kepada Sherry Alhadad dan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya sebenarnya nak minta maaf sebab terlepas cakap tadi. Saya harap semua orang tak terasa. Sebelum orang berkata-kata tentang saya dan akak (Sherry), saya nak minta maaf kepada akak.

“Saya nak minta maaf kepada semua orang yang terasa juga,” kata Usop sejurus selepas dia menjayakan persembahan keduanya pada malam final itu.

Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang menyanyikan lagu Arjuna menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shaming’.

Usop turut mempersembahkan lagu Peluang Kedua nyanyian asal penyanyi Nabila Razali.

Dalam pada itu, Sherry memberitahu dia tidak mengambil hati dengan apa yang dikatakan itu dan memahami penyanyi lagu Aku Yang Bersalah itu sekadar bergurau.

“Kami faham Usop gurau. Akak pun faham Usop sekadar bergurau,” kata Sherry menenangkan situasi itu.

Pada konsert final itu, Azzam Sham dinobatkan sebagai juara Big Stage 2020, manakala Usop di tangga naib juara.

Tempat ketiga, keempat dan kelima pula menjadi milik Qody Rany, Dinie Rashid dan Fadh Majid.

Kesemua persembahan finalis diadili oleh tiga juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Ajai, juri undangan Misha Omar dan Elly Mazlein selaku Presiden Netizen.

Big Stage 2019 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Big Stage Official

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button