Cerita ArtisHiburan

Isu Video TikTok Dayang Senandung, Wani Kayrie Tampil Mohon Maaf

Gara-gara memuat naik video TikTok yang menampilkan dirinya berwajah hitam membuatkan penyanyi Wani Kayrie dikecam segelintir netizen.

Penyanyi berkenaan kemudian telah tampil meminta maaf menerusi kenyataan di Instgram setelah dikatakan tidak mempunyai sensitiviti tentang isu warna kulit.

“Di sini saya menjelaskan mengenai salah faham yang menimbulkan kegemparan di platform media sosial kerana video Tiktok saya baru-baru ini.

“Ini merupakan permohonan maaf daripada saya dan pasukan pengurusan untuk mengelakkan berlakunya salah faham antara semua pihak. Sebarkan positif,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan penyanyi berkenaan iaitu Suria Records menjelaskan bahawa Wani kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Dayang Senandung.

“Video tersebut tidak membawa maksud untuk menyinggung mana-mana bangsa. Bagaimanapun, semua video tersebut telah dipadamkan dalam semua platform.

“Pihak kami sememangnya menyesal atas apa yang berlaku dan selepas ini akan memastikan supaya lebih berhati-hati ketika memuat naik sebarang kandungan pada masa akan datang,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button