Gaya Hidup

WhollyFitz Tawar Hadiah Wang Tunai RM50,000 & Kereta Axia

Sempena dengan pelancaran dua produk terbaharu WhollyFitz Passion Lemon Tea dan WhollyFitz Flush, hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 serta sebuah kereta Axia ditawarkan untjk 10,000 kotak pertama.

Pengarah Urusan WhollyFitz, Razee Azree berkata, hadiah-hadiah yang ditawarkan itu telah tersedia dalam kotak-kotak yang bertuah.

“Secara dasarnya, produk WhollyFitz merupakan produk pilihan utama bagi pengguna-pengguna yang menghadapi masalah berat badan.

“Whollyfitz dapat membantu mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga dan seterusnya dengan formulasi terbaru dari Whollyfitz,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sewaktu majlis pelancaran kedua-dua produk berkenaan yang berlangsung minggu lalu.

Tambah Razee, untuk produk WhollyFitz Passion Lemon Tea, terdapat ‘extra’ pertambahan buah lemon bagi membantu pengguna masa kini meningkatkan sistem imunisasi badan dan seterusnya mampu mengelakkan jangkitan penyakit

“Dengan harga jualan iaitu RM79.00, ternyata WholltFitz Passion Lemon Tea, dijamin berkesan untuk membantu mengurangkan masalah berat badan.

“WhollyFitz Flush pula merupakan produk yang diformulasi kaya dengan vitamin-C bagi membantu melancarkan sistem pencernaan, sangat efektif bagi menurunkan berat badan, meningkatkan metabolis dan menyingkirkan toksin jahat dalam badan dengan harja jualan RM 39.00 sahaja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button