FilemTerkini

Winnie The Pooh: Blood and Honey 2 Tayang Di Malaysia 10 April Ini, Lebih Awal Berbanding Singapuran & Thailand

Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Menjadi fenomena global tahun lepas dengan memperkenalkan Winnie The Pooh versi menggerunkan, filem tersebut kini kembali dengan sekuel yang pasti membuatkan peminat Malaysia tidak senang duduk pada 10 April ini.

Filem pertama dalam edisi Winnie The Pooh ini menjadi perbualan hangat tahun lepas bukan sahaja kerana pengolahan karakter yang berbeza tetapi turut mengundang kontroversi.

Bukan sahaja itu, tetapi suhu politik di Hong Kong, China yang sedikit panas pada tahun lepas yang menyebabkan tayangan filem tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir tanpa sebarang alasan telah menghebohkan lagi topik tersebut antara netizen-netizen sedunia.

Walaupun menerima sambutan yang menggalakkan daripada peminat genre tersebut pengedar akhirnya terpaksa akur untuk menarik filem tersebut daripada ditayangkan di pawagam. Keputusan tersebut turut diikuti pengedar filem tempatan, menyebabkan filem popular tersebut gagal ditayangkan di pawagam tempatan.  

Namun begitu, sekuel Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 kini akan menghantui peminat di Malaysia apabila hak pengedaran filem tersebut berjaya diperolehi Mega Films Distribution. Poster rasmi tayangan di Malaysia yang dikongsikan baru-baru ini menjanjikan Winnie The Pooh yang kejam akan menghantui pawagam di seluruh negara bermula 10 April ini. 

Dalam sekuel kali ini, Winnie The Pooh turut disertai karakter klasik lain termasuk Tigger dan Piglet. Dengan kod saringan yang ketat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ramai pasti teruja untuk melihat filem ini – sama ada kesemua babak seramnya akan dilulus atau dipotong secara selektif oleh LPF.

Adalah difahamkan bahawa filem tersebut telah berjaya mendapat tarikh tayangan awal di Malaysia, mendahului negara jiran seperti Singapura dan Thailand masih menunggu jawapan rasmi berkenaan tayangan di negara masing-masing. 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button