• FOLLOW US
Event, Hiburan

YKAT, WHAM Beri Sumbangan Kepada Artis Veteran Dan Anak Yatim

Buat julung-julung kalinya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan (WHAM) bergabung dalam satu majlis meraikan artis-artis veteran dan anak-anak yatim.

Dalam majlis berbuka puasa yang berlangsung di Malaysia Petroleum Club KLCC, Kuala Lumpur itu bertujuan merapatkan lagi hubungan wartawan bersama artis dan di samping program kemasyarakatan.

Selain meraikan artis-artis veteran dan anak yatim yang hadir, kesemua mereka juga turut diberikan sumbangan oleh YKAT dan WHAM.

Antara artis veteran yang menerima sumbangan daripada YKAT antaranya seperti Dian P. Ramlee, Ayati Tasrip, Halimah Alias, Norliah Shamsudin, Lan Zailan, Maheswara Palanisamy, Rohaiyah Mohd Amin, Subramani Ellapan dan Raja Puria Angamuthu.

Selain itu, YKAT juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada ahli keluarga pemain bass iaitu Allahyarham Wan Kelly yang meninggal dunia baru-baru ini dan diwakili anaknya iaitu Wan Adam Nuqman.

Sementara itu, pihak WHAM turut menyampaikan sumbangan kepada empat rumah kebajikan iaitu Rumah Asnaf Temerloh, Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Bestari Kuala Lumpur, Rumah Ngaji Barokah dan Rumah Anak Yatim Sungai Kantan Kajang.

Acara pada majlis berbuka puasa itu turut diserikan dengan persembahan artis jemputan seperti Azharina, Nabila Razali dan E1 Band. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend