• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Yugyeom GOT7 Dapat Pujian Peminat Bantu Gadis Angkat Beg

Salah seorang anggota GOT7, Yugyeom menjadi bualan dalam kalangan peminat gara-gara satu situasi yang berlaku di lapangan terbang baru-baru ini.

Semuanya berpunca apabila penyanyi itu dilihat membantu seorang gadis mengangkat beg-begnya dari belt conveyor sehingga mendapat pujian peminat.

Ternyata tindakan Yugyeom itu berjaya menarik minat beberapa peminat GOT7 yang terkesan dengan sikap gentleman penyanyi itu, malah ada yang bersorak sehingga Yugyeom kelihatan malu-malu.

“Yugyeom membantu seorang gadis yang kesusahan mengangkat beg dan aku ingin menangis. Aku ingin menjadi beg tersebut,” ujar salah seorang peminatnya.

Selain itu, ada juga peminat yang teruja melihat Yugyeom mengangkat beg dengan hanya satu tangan sambil menyatakan penyanyi itu seorang lelaki sejati. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend