• FOLLOW US
Gaya Hidup

1000 Pembeli Terawal Vivo V15 Dapat Baucer Simply Siti

1000 pembeli terawal model terbaharu telefon pintar Vivo V15 berpeluang menerima baucar RM50 bagi pembelian produk kosmetik Simply Siti.

Vivo hari ini melancarkan model Vivo V15 yang mempunyai 32 megapixel pada kamera hadapan selain sehingga 8 megapixel Al Super Wide-Angle Camera yang pastinya memberikan pengalaman selfie terbaik buat anda.

Menampilkan warna merah jambu cerah, Blossom Pink, Vivo V15 dijual pada harga RM1,299 seunit. Setiap pembelian akan disertakan dengan pembersih udara berwarna pink khas buat pembeli Vivo V15. Ia akan mula dijual di pasaran bermula 18 Mei ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Vivo, Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Simply Siti, Azuddin Rahman dan duta Vivo, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bersempena dengan pelancaran itu, Vivo turut mengadakan sebuah pertandingan menangkap gambar selfie bagi memenangi hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.facebook.com/VivoMalaysia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend