EventHiburan

12 Finalis Bersaing Rebut Gelaran Dewi Remaja 2018/2019

Setelah tiga tahun tidak dianjurkan, kini program pencarian Dewi Remaja kembali semula dengan menampilkan 12 finalis yang akan merebut gelaran Dewi Remaja 2018/2019.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd. Kamal berkata, pihaknya berbesar hati untuk meneruskan kerjasama strategik yang sudah pun memasuki edisi ketiga sejak Pencarian Dewi Remaja 2009/2010.

“Jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan kerana berjaya melahirkan nama-nama besar.

“Sehingga kini, pengaruhnya terus kukuh sebagai platform berprestij untuk mengenalpasti bakat-bakat besar dengan pakej komersial yang lengkap,” ujarnya.

Untuk kali ini, program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 merupakan kerjasama antara Astro dan Karangkraf menerusi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.

Kali terakhir dianjurkan pada tahun 2014/2015, pelakon Farza Naquraisha Rizrose atau lebih lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose telah muncul sebagai juara.

Antara peserta yang layak adalah Haneesya Hanee (Kuala Lumpur), Tia Shah (Selangor), Anna Jobling (Kuala Lumpur), Ary (Selangor), Rania (Kuala Lumpur), Lydia (Sabah), Aween (Kelantan), Rasya (Selangor), Zeera (Selangor), Sherin (Selangor), Ernisha (Selangor).

Menampilkan tema ‘Pesonakan Bintangmu’, program ini bukan sahaja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal, tetapi ia menjadi platform untuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik.

Mengulas mengenai tema berkenaan, Farah Hussamuddin selaku Penerbit Eksekutif Nu Ideaktiv menyatakan bahawa ia bertepatan dengan ulang tahun edisi ke-10 program berkenaan sejak ia bermula pada tahun 1985.

“Jika dahulu Pencarian Dewi Remaja hanya terhad sebagai program yang dijayakan dalam kalangan pengkarya di Kumpulan Media Karangkraf, tetapi dengan kolaborasi ini ia mampu membawa potensinya ke aras yang lebih tinggi dan bervariasi.

“Dewi Remaja kini dapat menembusi platform media di pihak Astro, sekaligus memberikan langkauan jauh kepada penjenamaan Dewi Remaja serta para pesertanya yang baru ingin menapak dalam industri seni,” ujarnya.

Program Dewi Remaja 2018/2019 akan menemui penonton pada setiap hari Ahad jam 10.30 malam di saluran Astro Ria & Ria HD mulai 25 November 2018.

Ia akan dihoskan oleh bekas juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahya, manakala penerbit dan pelakon Datuk Hans Isaac pula dilantik selaku juri tetap pada setiap minggu. – KopiPlanet.

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button