Filem

Hanya 18 Pawagam Teruskan Tayangan Filem Jibam

Atas permintaan banyak pihak, filem Jibam akan terus ditayangkan di beberapa pawagam terpilih untuk minggu kedua tayangan.

Biarpun mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan sejak ditayangkan pada 7 Disember lalu, namun filem Jibam ternyata banyak menerima reaksi positif daripada penonton yang sudah menontonnya.

Selain itu, terdapat ramai selebriti tanah air juga yang membantu dan berkongsikan poster filem Jibam di laman sosial masing-masing untuk mengajak penonton ke pawagam bagi menonton filem tersebut.

Jibam mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Ashraf atau Jibam yang sedikit lembab akal fikirannya, namun Jibam mempunyai keistimewaan yang tersembunyi.

Dia mewarisi kepandaian bapanya, Suman untuk mengubati penyakit.  Suman mati terbunuh dalam hutan dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam menampilkan pelakon Muhamad Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Farah Ahmad, Syafie Naswip, Fadzlan Hazim dan Mia Ahmad mula ditayangkan pada 7 Disember lalu.

Oleh itu, hanya terdapat 18 buah pawagam yang mengambil keputusan untuk menyambung tayangan filem itu pada minggu kedua.

Berikut merupakan senarai pawagam-pawagam yang masih menayangkan filem Jibam:

– TGV Bukit Tinggi, Klang

– MM Cineplexes, E-Curve, Damansara

– Premium X Cinema, One City Mall

– MM Cineplexes Bertam, Pulau Pinang

– Jitra Mall, Kedah

– MM Cineplexes Langkawi, Kedah

–  TGV Seremban 2

– MM Cineplexes Bahau, Negeri Sembilan

– MM Cineplexes Mahkota Parade, Melaka

– TGV Tebrau City, Johor

– MM2 Cineplex City Square, Johor

– Superstar Ulu Tiram, Johor

– Perdana Labuan, Sabah

–  TGV Wangsa Walk 

–  TGV KLC

–  TGV Mesra Mall 

– LFS Kuala Terengganu

– MM Cineplex Kerian Sentral

 

 

 

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button