Cerita ArtisEventHiburan

Dua Lagu Ciptaan Syamel Mara Ke AJL 32

Persoalan mengenai 12 buah lagu yang berjaya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 akhirnya terjawab apabila senarai pengumuman itu dibuat sebaik selesai minggu ketiga separuh akhir Muzik-Muzik yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

Penyanyi Syamel berjaya ke final AJL dengan dua buah lagu ciptaannya sepenuhnya iaitu Lebih Sempurna dan Aku Cinta duet dengan Ernie Zakri.

Komposer Ajai turut melangkah bergaya apabila dua lagu ciptaannya Separuh Mati Ku Bercinta dendangan Dayang Nurfaizah dan Akhirnya Cinta nyanyian Salma terpilih ke AJL 32.

Turut terpilih ialah lagu Bayang nyanyian Khai Bahar, Menahan Rindu (Wany Hasrita), Amboi (Altimet), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Jampi (Hael Husaini), Aku Yang Sebenar (Hazama & The Penglipur Lara), Warkah Untukmu (Ara Johari) dan Azmi Caliph Buskers (Sejati).

12 lagu yang terpilih dinilai sepenuhnya oleh para juri profesional yang diketuai oleh Dato Mokhzani Ismail, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Persembahan semi final ketiga ini turut dimeriahkan oleh kumpulan Sixth Sense, Bunkface dan Tam Spider.

12 finalis bakal berentap dalam pentas berprestij AJL yang akan diadakan pada Februari hadapan.

Separuh akhir Muzik-Muzik dihoskan Hefny Sahad dan Sherry Al-Hadad.

Senarai 12 Finalis AJL 32

1.  Azmi Caliph Busker:  Sejati (nyanyian asal Faizal Tahir) ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan.

2.  Dayang Nurfaizah:  Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan Ajai.

3.  Hael Husaini: Jampi ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

4.  Haqiem Rusli:  Tergantung Sepi ciptaan Gouffran dan Ibnu.

5.  Altimet:  Amboi ciptaan Altimet dan Navigator

6.  Syamel:  Lebih Sempurna ciptaan sepenuhnya Syamel.

7.  Hazama:  Aku Yang Sebenar ciptaan Datuk M.Nasir dan Ad Samad.

8.  Salma: Akhirnya Cinta ciptaan Ajai dan Slen Fadzil.

9.  Wany Hasrita: Menahan Rindu ciptaan Ibnu dan Gouffran.

10.  Syamel & Ernie Zakri:  Aku Cinta ciptaan sepenuhnya oleh Syamel.

11.  Khai Bahar:  Bayang ciptaan Alam dan Patrick Anahoda

12.  Ara Johari: Warkah Untukmu ciptaan Hang Nadim dan Laq. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button