Gaya Hidup

5 Bahan Ini Terbukti Jadikan Kulit Putih Mulus!

Setiap daripada kita pastinya mengimpikan kulit putih mulus tanpa sebarang cela.

Pelbagai tips mudah boleh diamalkan bagi tujuan itu dan di sini KopiPlanet.com kongsikan langkah-langkah mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih dan flawless dambaan anda semua.

1. Masker susu atau yogurt.

Untuk menjadikan kulit muka halus, anda boleh menggunakan masker yang diperbuat daripada susu atau yogurt. Bukan sahaja menghaluskan kulit, masker jenis ini juga mencerahkan kulit serta mengecilkan liang pori kulit. Cara menggunakannya, anda hanya perlu oleskan masker di wajah selama 25 minit sebelum mencucinya dengan air sehingga bersih.

2. Masker madu.

Selain masker susu dan yogurt, satu lagi bahan semula jadi yang elok untuk menghaluskan kulit ialah madu. Madu merupakan antara bahan yang efektif untuk mengecilkan liang pori serta menjadikan kulit tegang semula jadi. Oleskan madu pada wajah selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Cubalah buat dalam dua hingga tiga kali seminggu. Pasti anda terasa perubahannya nanti!

3. Masker putih telur.

Trend kecantikan di Korea Selatan di mana kebanyakan gadis tergila-gilakan masker putih telur yang terbukti keberkesanannya dalam menghaluskan dan mengecilkan liang pori. Anda pecahkan telur dan asingkan kuning dan putih telur. Kemudian ambil putih telur, lumurkan pada muka dan bilas dengan air sehingga bersih selepas 25 minit mengaplikasikannya.

4. Haluskan kulit dengan jus lemon.

Bagi anda yang memiliki kulit kasar, kering dan berpori besar, anda disarankan untuk perah buah lemon dan kemudian oleskan jus ke seluruh muka selama 15 minit. Buah lemon mengandungi vitamin C dan antioksidan yang baik untuk menjaga kecantikan kulit selain lemon juga mengandungi enzim yang membuatkan kulit menjadi halus dan lembut.

5. Kecilkan liang pori dengan ais.

Jangan tak percaya ais pun boleh jadi ‘senjata’ yang sangat bagus untuk mengecilkan liang-liang pori. Caranya mudah sahaja, anda bungkus ketulan ais dengan kain bersih, kemudian tekapkan di sekeliling muka. Selain mengecilkan pori, penggunaan ais juga dapat melancarkan peredaran darah pada kulit wajah. Ia juga berkesan mencegah jerawat, merawat kulit kusam dan berminyak. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button