• FOLLOW US

AC Mizal Lancar Dua Produk Kecantikan Formulasi Daripada Doktor

Bukan sekadar produk kecantikan biasa, Idealyst Beauty tampil menjadi antara jenama kecantikan yang membina keyakinan pengguna melalui keberkesanan dan kualiti produk yang dihasilkan.

Selaku Pengerusi Idealyst, Datuk AC Mizal berkata dua produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu k1ss Lip Matte dan Wonder Trim menekankan aspek produk yang selamat digunakan oleh para pelanggan mereka.

“k1ss Lip Matte dan Wonder Trim merupakan produk yang diformulasikan daripada doktor bertauliah iaitu Dr Aidil Azry Datuk Mokhtar bersama isterinya, Dr Fadzlina Md Mohtar yang juga merupakan pengemudi bersama jenama ini.

“Wonder Trim yang merupakan produk makanan tambahan ini selamat untuk diambil dan saya sendiri dah mencubanya. Ia bertujuan untuk mengawal selera makan dan hasilnya, saya turun lima kilogram dalam masa sebulan mencubanya.

“Sebelum jual, saya sendiri menjadi bahan uji kaji untuk melihat keberkesanan produk ini dan bukannya untuk mengejar untung semata-mata,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran k1ss Lip Matte dan Wonder Trim yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Idealyst, Datin Emylia Rosnaida pula berkata dia sendiri telah memilih kelima-lima variasi warna produk penjagaan bibir yang diperkenalkan mereka.

“k1ss Lip Matte yang dihasilkan dalam lima warna berbeza bukan sahaja selamat malah ia telah dilakukan melalui kajian yang dilakukan memastikan produk ini juga mempunyai khasiat yang akan melindungi dan menyihatkan bibir.

“Berharga RM39.90 antara bahan utama yang terdapat dalam k1ss Lip Matte adalah estrak minyak argan, vitamin C dan bee venom yang membuatkan bibir tampil mungil secara semulajadi dan selamat,” katanya.

Antara variasi warna k1ss Lip Matte ialah Envy, Adore, Crush, Desire dan Amour yang sesuai untuk semua jenis tona kulit wanita Asia. – KopiPlanet.com

Lebih 130 Cawangan Di Indonesia, Geprek Bensu Akhirnya Buka Di Kuala Lumpur

Setelah lebih 130 cawangan beroperasi di seluruh Indonesia, restoran Ayam Geprek Bensu milik selebriti terkenal Indonesia, Ruben Samuel Onsu, 37, akhirnya telah dibuka secara rasmi di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu.

Hos dan pelawak popular itu memilih lokasi di Bukit Bintang sebagai lokasi di KL kerana merasakan kawasan itu sangat strategik untuk menggembangkan perniagaan makanannya di sini.

“Sudah lama saya melihat peluang untuk buka perniagaan Geprek Bensu setelah mendapat banyak permintaan daripada peminat di sini. Buat permulaan, saya buka di tengah-tengah Kuala Lumpur kerana lokasinya yang strategik selain menjadi tumpuan pelancong.

“Saya mahu kembangkan lagi perniagaan ini dengan membuka beberapa lagi cawangan di sini selain meneroka pasaran di negara Asia lain seperti di Taiwan, Thailand dan Singapura,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan restoran Geprek Bensu pertama di Malaysia di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ruben, perkara yang mendorongnya membuka perniagaan berasaskan makanan ayam geprek ini kerana seleranya yang lebih kepada citarasa tempatan selain mahu memberikan pilihan yang berpatutan kepada pelanggan.

“Tekak saya ini memang hanya boleh makan makanan nusantara sahaja, pergilah ke mana sahaja memang saya akan cari nasi dan lauk-lauk yang pedas. Disebabkan itu saya perkenalkan makanan kegemaran saya ini dengan resipi tradisi daripada keluarga saya sendiri.

“Kelebihan yang ada pada produk makanan ini ialah ia satu juadah lengkap yang dijual pada harga mampu milik untuk semua golongan usia. Kami juga sentiasa menambah baik operasi perniagaan dengan mempelbagaikan menu-menu menarik dari masa ke semasa agar pelanggan tidak jemu,” ujarnya lagi.

Antara menu menarik yang boleh didapati di Geprek Bensu ialah Geprek Bensu Nasi Lemak, Geprek Bensu Original, Geprek Bensu Sambal Matah, Geprek Bensu Leleh yang dihidangkan dengan keju Mozarella serta Geprek Bensu Sos Telur Masin. Semua hidangan utama ini dijual pada lingkungan harga RM10 hingga RM15.

Sementara itu, Geprek Bensu turut menghidangkan menu sampingan seperti cendawang goreng, kobis goreng, tempe goreng, tauhu goreng, bakso goreng, telur dadar, hati dan pedal goreng, yang dijual pada harga RM4 sepiring.

Bagi membasahkan tekak, restoran ini turut menyediakan empat jenis minuman botol iaitu Epal, Jambu Batu, Mangga dan Laici serta dua hidangan puding iaitu puding perisa mangga dan bubblegum yang dijual pada harga RM2 seunit. – KopiPlanet.com

Avenue K Rai CNY Dengan Tarian Kebudayaan & Alunan Muzik Erhu

Bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 25 Januari ini, pusat beli belah Avenue K telah merangka pelbagai aktiviti menarik bagi menarik perhatian pengunjung.

Antaranya, kawasan tumpuan di tengah-tengah atrium Avenue K telah dihias dengan dekorasi yang cukup cantik seperti bunga-bungaan mekar sepanjang 3 Januari hingga 9 Februari ini bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan itu.

Menurut Pengurus Besarnya, Phang Sze Sze, kali ini mereka membuat kelainan dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian singa, persembahan melukis mengikut alunan muzik erhu, tarian kebudayaan dan seni kaligrafi pelangi.

“Untuk menghangatkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina, kami telah menyediakan beberapa buah kiosk yang terletak di tengah-tengah tumpuan pusat beli-belah ini untuk pengunjung membeli-belah biskut dan kuih-muih tradisional selain pakaian tradisional seperti Cheongsam dan pelbagai hamper menarik yang boleh dijadikan hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan anda.

“Untuk pelanggan setia kami, berbelanja lebih daripada RM388 dan anda berpeluang menebus Fortune Bag khas kami yang didatangkan sekali dengan baucer makanan yang disediakan,” ujarnya.

Pada majlis perasmiannya baru-baru ini, pusat beli-belah itu turut meraikan penghuni Rumah Kebajikan Kasih yang telah diberikan sumbangan wang tunai serta barangan kelengkapan harian sempena menyambut Tahun Baru Cina. – KopiPlanet.com

Dr Rozmey Bangkit Perkukuh Empayar Dengan Produk Baja Organik

Selepas melalui episod dikhianati bekas penasihat peribadi dan kewangan, usahawan Datuk Dr Che Rozmey Che Din kini kembali bangkit dengan membina semula empayar dengan memperkenalkan produk terbaharu, DDR Bio Grow, yang merupakan baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik teknologi terkini.

Dia yang kini menetap di Jitra, Kedah, komited ingin membantu para petani meningkatkan hasil tanaman ke tahap optimum, sekali gus menambah pendapatan petani.

“Pihak kami ambil masa hampir dua tahun untuk proses pembangunan dan penyelidikan bagi penghasilan baja ini. Pada peringkat permulaan, ia diberikan kepada rakan terdekat untuk menggunakannya. Selepas melihat kesannya, baharu kami mula luaskan pasaran.

“Pasaran baja ini dipromosikan dari mulut ke mulut dalam kalangan petani yang telah menggunakannya. Dari situ pengguna baja ini terus meningkat dari masa ke semasa,” katanya.

Menurut Rozmey lagi, DDR Bio Grow adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang kteam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini.

“Menerusi kajian dijalankan mendapati kuasa bio mampu membantu menjadikan tanah subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik.

“Ia memberi pulangan hasil tanaman yang tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan, menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman cepat,” ujarnya lagi.

Sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun lalu, produk ini telah menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan petani, terutama pesawah.

“Antara respon diterima ialah pesawah mendapat hasil padi sebanyak 80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung) bersamaan 2.3 tan hingga 2.5 tan. Sebelum ini menurut mereka, hasil padi yang biasa mereka dapat adalah 1.3 tan hingga 1.5 tan sahaja.

“Dalam beberapat tahun lagi, kami yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani,” katanya.

DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter bagi kegunaan 1.3 hektar sawah semusim (RM65) dan 4 liter pada harga RM199. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.ddragro.com. – KopiPlanet.com

Beri Kesedaran Penyakit Diabetik, CARiNG & Nestle Anjur Forum Awam

Sempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, farmasi CARiNG dengan usahasama Nestle Health Science telah menganjurkan Forum Awam Live Well with Diabetes yang berlangsung di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Menurut kajian yang dilakukan Kementerian Kesihatan, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes, yang mana mencatatkan angka tertinggi di Asia selain antara yang tertinggi di dunia juga.

Pengarah Urusan CARiNG, Chong Yeow Siang berkata penyakit diabetik perlu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia kerana ia merupakan antara penyakit nombor satu yang menyerang penduduk di sini. Sehubungan itu, program seperti ini adalah penting bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghindarkan diri daripada penyakit kencing manis.

“Diabetis adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami dan ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan utnuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini.

“Kami berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Nestle Health Science dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati daripada kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perbuahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan kami,” katanya.

Menerusi program itu juga, pihak Nestle telah memperkenalkan sebuah produk minuman terbaharu yang sesuai untuk pesakit diabetik iaitu Nutren Diabetik yang boleh diambil sebagai pengganti sarapan pada setiap hari. – KopiPlanet.com

Fairuz Ramdan Papar Colours Of Unity Menerusi Batik ‘Tie Dye’

Bersempena bulan kemerdekaan, pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan tampil dengan koleksi terbaharunya dalam mengekspresikan kecintaan terhadap negara.

Koleksi yang dinamakan Colours of Unity menerusi jenama ‘ready to wear’ FR Blue Label itu mengangkat tema Batik berteknik Tie Dye yang menginspirasikan warna-warna Jalur Gemilang sebagai salah satu asas koleksi ini.

Berteraskan identiti klasik dan vintaj, jenama yang menjadi tunggak kreavitivitnya, Fairuz tetap mengekalkan eleman tersebut untuk koleksi ini. Aplikasi teknik batik ini dipilih untuk meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-62 yang disambut pada hari ini.

Ia bertujuan untuk mendidik dan mengalakkan generasi muda masa kini akan pentingnya warisan dan budaya negara melalui fesyen.

Batik Tie Dye ini juga berobjektif untuk memperlihatkan hasil kerja batik yang sebenar. Setiap helaian yang dibuat menuruti proses ikatan dan warna yang sangat teliti.

Koleksi ini dihasilkan dengan sangat teliti dan rapi, dibuat dengan kerja tangan sepenuhnya dan bukan hasil cetakan digital atau mesin sekali gus menambahkan nilai estetika yang tinggi kepada si pemakai.

Colours of Unity kini sudah boleh didapati di pasaran bermula dari 28 Ogos lalu dan dijual pada harga RM95.00 sehelai. – KopiPlanet.com

Daiichi Hasilkan Kerusi Kereta Bayi Lengkap Ciri Keselamatan Hebat

Jenama pengeluar kerusi kanak-kanak dari Korea Selatan, Daiichi memahami kebimbangan ibu bapa yang risau akan keselamatan si comel mereka sepanjang berada dalam kenderaan.

Sehubungan itu, Daiichi telah mengeluarkan model kerusi kereta bayi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk memberikan perlindungan tambahan.

Struktur otot leher yang rapuh dan lemah kerana bayi terpaksa menampung berat kepala yang agak besar berbanding tubuh mereka mampu membuatkan si kecil berdepan risiko kecederaan yang lebih besar sekiranya berlaku kemalangan atau ketika brek kenderaan ditekan secara tiba-tiba.

“Memahami kebimbangan ini, Daiichi sebagai salah satu pengeluar kerusi kanak-kanak, kereta bayi dan alat pembawa bayi terkemuka dari Korea bukan sahaja melaksanakan misi mereka untuk terus memperbaiki ciri-ciri keselamatan bayi tetapi juga dalam aspek penyelidikan dan penciptaan produk baharu,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Histopoint Sdn. Bhd, Ken Foo Hsien Loong.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah duta Happi Kiddo, Hanis Zalikha.

Kerusi kereta kanak-kanak First Seven Plus adalah versi yang dipertingkatkan daripada kerusi kereta kanak-kanak Daiichi yang dikeluarkan sebelum ini iaitu First Seven, ia menawarkan keselamatan dan fungsi tambahan termasuk perlindungan kesan sampingan empat kali ganda (Q-SIP), reka bentuk ‘Safe-Back’ yang ergonomik, empat posisi tempat duduk dalaman dan visor matahari.

“Q-SIP adalah sistem tahan kejut yang berevolusi, menyediakan empat lapisan perlindungan yang melindungi bahagian kepala anak anda ketika perlanggaran berlaku.

“Satu lagi ciri utama dalam First Seven Plus adalah reka bentuk ‘Safe-Back’ yang dibangunkan dengan teliti untuk menyediakan reka bentuk ergonomik yang sangat baik untuk menyokong bahagian belakang badan dan boleh digunakan pada sepanjang tahap pertumbuhan kanak-kanak, terutama pada bahagian kepala, leher dan pinggang,” katanya.

“First Seven Plus juga dilengkapi dengan tempat duduk dalaman empat posisi boleh cabut yang menawarkan perlindungan kepada bahagian leher, tulang belakang dan sisi badan kanak-kanak,” kata Ken.

“Kerusi dalaman direka agar boleh ditanggalkan untuk memenuhi perubahan struktur fizikal kanak-kanak ketika mereka membesar.

“Selain itu, kerusi keselamatan kanak-kanak ini kini mempunyai visor matahari yang boleh menghalang sinaran UV yang berbahaya sehingga 99.8%, sekali gus melindungi mata dan kulit kanak-kanak,” katanya.

Histopoint juga memperkenalkan alat pembawa bayi Daiichi’s Louis All-in-One. Alat pembawa bayi ini direka untuk membolehkan sokongan lumbar melalui tempat duduk pinggul dan pelarasan ketinggian tempat duduk.

Produk ini boleh didapati di semua cawangan Happi Kiddo di seluruh Malaysia atau layari laman web Histopoint di www.histopoint.com.my. – KopiPlanet.com

#KamiCaring Run 2019 Sebar Mesej ‘Hidup Sihat, Hidup Gembira’

Bagi mempromosikan slogan ‘Hidup Sihat, Hidup Gembira’, CARiNG Pharmacy akan menganjurkan Larian #KamiCaring Run 2019 yang akan diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019, bermula jam 6 pagi.

#KamiCaring Run 2019 merangkumi 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run. 5KM Fun Run terbuka untuk dewasa berusia 13 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun. 12KM Competitive Run pula terbuka untuk peserta berusia 15 tahun dan ke atas.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian dengan melayari http://bit.ly/KamiCaringRun2019 di mana pendaftaran awal diberikan diskaun sebanyak RM5. Yuran pendaftaran untuk 5KM Fun Run ialah RM50 manakala RM60 untuk 12KM Competitive Run. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober ini. Setiap peserta akan mendapat t-shirt larian, medal dan beg cenderahati.

Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemenang-pemenang 12KM Competitive Run. Untuk kedua-dua kategori 12KM Terbuka Lelaki/Veteran dan 12KM Terbuka/Veteran, pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM600 beserta piala.

Pemenang di tempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM400 beserta piala, manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai RM200 beserta piala. Hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM100 beserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang tempat keempat hingga ke-sepuluh.

Peserta #KamiCaring Run 2019 juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang turut diadakan pada hari larian tersebut. – KopiPlanet.com

Vitalica Glow Realisasikan Impian Tubuh Bak Supermodel Anda

Pernah naik berat badan secara mendadak selepas melahirkan anak, pengasas dan pengarah urursan Vitalica Sdn Bhd, Aleeya Zailan nekad mencari formula terbaik mendapatkan tubuh badan idaman.

Sehubungan dengan itu, lahirlah produk makanan tambahan keluaran syarikatnya, Vitalica Supermodel Glow yang membantu golongan wanita di Malaysia memiliki bentuk badan bak seorang supermodel.

”Saya mahu mendidik rakyat Malaysia agar lebih prihatin dengan penampilan diri dengan pengambilan Vitalica.

”Saya sendiri juga tidak terkecuali dalam hal ini. Bila melihat tubuh seorang supermodel, saya sendiri teringin menjadi seperti mereka. Sampai bila nak makan hati je kan? Perlu ada usaha.

“Jujurnya, saya sendiri pernah gemuk selepas melahirkan anak. Berat saya pernah mencecah sehingga 80 kilogram sehingga saya sendiri tertekan untuk berjumpa orang.

”Sebelum memasarkan Vitalica Supermodel Glow, saya mencuba sendiri pengambilan makanan tambahan ini.

”Bayangkan dari 80 kilogram, saya kini boleh tersenyum bangga apabila berat menurun sehingga 50 kilogram,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Bukan hanya sesuai untuk wanita, produk yang diformulasi khas tanpa bahan kimia ini turut sesuai untuk kaum lelaki yang mempunyai visi untuk mendapat tubuh badan langsing dan menarik.

Produk yang sudah tiga tahun berada di pasaran ini dijual dengan harga mampu milik iaitu RM 89 sekotak yang mengandungi sebanyak 14 sachet. Vitalica Supermodel Glow boleh dibeli di www.vitalica.com.my menerusi pengedar sah di seluruh negara. – KopiPlanet.com

Meeracle Hadiah Kereta Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan Cemerlang

Meeracle jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran baru-baru ini mengadakan majlis penyerahan kunci kepada semua wakil jualan yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang kempen “Menjadi Dengan Meeracle” yang dijalankan pada tahun lalu.

Majlis eksklusif ini diadakan pada 28 Mac 2019 di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengotakan janji pihak syarikat bagi menghadiahkan 4 buah kereta mewah Mercedes-Benz kepada keempat-empat wakil jualan.

Majlis itu dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas Meeracle, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada ke semua master stokis yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut.

Kempen “Menjadi Dengan Meeracle” itu telah dijalankan dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua wakil jualan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam mencapai target jualan masing-masing.

Ketua Eksekutif Pemasaran Meeracle, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan di dalam temu bual bersama media bahawa kempen ini akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan Meeracle akan berjaya mencapai target Meeracle untuk memiliki kereta mewah pada tahun 2019 dan seterusnya.

Ini bermakna, Meeracle akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi Meeracle untuk memperkasakan taraf hidup para wanita bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain.

Meeracle juga akan terus memonopoli industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik. – KopiPlanet.com