• FOLLOW US
Gaya Hidup

Sellection Tawar Beg Berjenama Mewah Pada Harga Berpatutan

Bertitik tolak dengan profesion sebagai personal shopper, kini Nor Rafidah Khairuddin, 31, mampu menarik nafas lega apabila dia kini sudah mempunyai butik premium yang menjual pelbagai beg-beg berjenama mewah dari luar negara.

Butik Sellection yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini sudah beroperasi sejak dua tahun lalu dan ia semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada pencinta beg berjenama mewah.

“Ikutkan sejak 2015, saya bermula sebagai personal shopper kerana saya obses dengan beg tangan. Waktu itu saya menetap di Montreal, Kanada mengikut suami, Abdul Hadi Wisman yang bekerja di sana.

“Niat saya satu sahaja, bila saya pakai beg berjenama, saya nak rakan-rakan dan orang di Malaysia juga boleh pakai jenama yang sama. Saya banyak kongsi video demo tentang beg tangan, artikel fesyen yang bermanfaat kepada semua pengikut.

“Lama-kelamaan pengikut saya juga mula bertambah. Tahun demi tahun saya mendapat banyak tempahan melalui sistem ‘pre order’ yang saya tawarkan,” katanya.

Rafidah turut meraikan pelanggan setianya menerusi majlis makan malam Sellection Dinner and Appreciation Night yang berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Rafidah, menerusi pemerhatiannya kebanyakan pelanggannya menyukai beg berjenama Coach yang rekaannya cukup memenuhi selera pelanggan setianya.

“Sejak dulu sampai sekarang, saya tengok orang Malaysia cukup minat dengan jenama Coach sebab itulah di Sellection kami sediakan jenama Coach untuk wanita dan lelaki. Jenama ini menjadi kegemaran ramai daripada umur muda sehinggalah berusia.

“Kita ada juga jenama Michael Kors, Kate Spade selain daripada jenama Eropah seperti Louis Vuitton, Chanel dan Burberry. Semua jenama ini saya beli terus dari butik outlet mereka kerana ia lebih murah dan merupakan produk dan rekaan terkini,” ujarnya lagi.

Sellection turut menawarkan pelbagai kemudahan kad keahlian kepada pelanggan iaitu kad platinum, diamond dan gold.

“Setakat ini untuk keahlian kad platinum, kami ada kira-kira 300 orang ahli. Mereka ini biasanya akan membeli lebih daripada tiga buah beg tangan dalam tempoh setahun.

“Setakat ini kami berjaya mengumpul lebih 89,000 pengikut di Instagram dan mereka semua ini aktif mengikuti apa sahaja perkembangan serta rekaan-rekaan terbaharu dan unik beg tangan yang dijual menerusi butik Sellection,” katanya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend