Gaya Hidup

Potongan Harga 60% Antara Ganjaran Menarik Ulang Tahun Ke-6 Go Shop

Meraikan ulang tahun keenam penubuhannya, platform dagang Go Shop kini menawarkan kempen #GoShopGreaterTogether yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 13 Disember depan.

Pelbagai promosi menarik yang ditawarkan antaranya potongan harga sehingga 60 peratus selain jualan produk di bawah harga RM60.

Selain itu, Go Shop turut memberikan kupon bernilai RM600,000 membolehkan pelanggan menikmati potongan RM20 dengan pembelian minimum sebanyak RM300, dengan kod promosi: ANNIVERSARY20.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Dr. Grace Lee, pada tahun ini Go Shop telah menunjukkan perkembangan sangat baik menerusi peningkatan pendapatan dan bilangan pelanggan berbanding tahun lalu.

“Go Shop dapat mengikut rentak perubahan dengan memperluaskan produk kesihatan dan kesejahteraan, serta menawarkan makanan segar dan beku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Makanan dan barangan dapur seterusnya meningkat kepada tiga kategori pembelian tertinggi di Go Shop.

“Kami komited untuk menyokong perniagaan tempatan dan salah satu daripada usaha kami untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) merangkumi e-Bazaar semasa musim Hari Raya, bertujuan membantu PKS dan Mikro-PKS dalam situasi mencabar ini,” katanya.

Bersempena kempen tersebut, Go Shop juga telah menganjurkan 6th Anniversary Live Party pada Sabtu lalu bersama hos-hos dan selebriti tempatan termasuk Datuk Aznil Haji Nawawi, Raianna A. Rahman, Datin Fouziah Gous, Linda Onn dan Nad Zainal.

Go Shop boleh diikuti setiap hari menerusi Astro saluran 118, 120 dan 111 untuk siaran bahasa Melayu atau saluran 303, bagi bahasa Mandarin untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran Go Shop 6th Anniversary dan pelbagai tawaran lain.

Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button