Gaya Hidup

Dr Rozmey Bangkit Perkukuh Empayar Dengan Produk Baja Organik

Selepas melalui episod dikhianati bekas penasihat peribadi dan kewangan, usahawan Datuk Dr Che Rozmey Che Din kini kembali bangkit dengan membina semula empayar dengan memperkenalkan produk terbaharu, DDR Bio Grow, yang merupakan baja organik kombinasi formula bio dan lautan yang dihasilkan menerusi penyelidikan serta kajian saintifik teknologi terkini.

Dia yang kini menetap di Jitra, Kedah, komited ingin membantu para petani meningkatkan hasil tanaman ke tahap optimum, sekali gus menambah pendapatan petani.

“Pihak kami ambil masa hampir dua tahun untuk proses pembangunan dan penyelidikan bagi penghasilan baja ini. Pada peringkat permulaan, ia diberikan kepada rakan terdekat untuk menggunakannya. Selepas melihat kesannya, baharu kami mula luaskan pasaran.

“Pasaran baja ini dipromosikan dari mulut ke mulut dalam kalangan petani yang telah menggunakannya. Dari situ pengguna baja ini terus meningkat dari masa ke semasa,” katanya.

Menurut Rozmey lagi, DDR Bio Grow adalah baja polimer yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang kteam menerusi teknologi biosains dan fasiliti makmal terkini.

“Menerusi kajian dijalankan mendapati kuasa bio mampu membantu menjadikan tanah subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik.

“Ia memberi pulangan hasil tanaman yang tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan, menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman cepat,” ujarnya lagi.

Sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pada awal tahun lalu, produk ini telah menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan petani, terutama pesawah.

“Antara respon diterima ialah pesawah mendapat hasil padi sebanyak 80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung) bersamaan 2.3 tan hingga 2.5 tan. Sebelum ini menurut mereka, hasil padi yang biasa mereka dapat adalah 1.3 tan hingga 1.5 tan sahaja.

“Dalam beberapat tahun lagi, kami yakin mampu meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani,” katanya.

DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter bagi kegunaan 1.3 hektar sawah semusim (RM65) dan 4 liter pada harga RM199. Sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.ddragro.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button