
Jung Suk Belum Pergi Bulan Madu, Rancang Timang Anak
Pelakon Korea Selatan, Jo Jung Suk mendedahkan dia masih belum sempat berbulan madu setelah bernikah dengan penyanyi, Gummy bulan Oktober tahun lepas.
Menurut, Jung Suk, 39, dia masih sibuk dengan pengambaraan filem baharu berjudul “Hit and Run Squad” dan isterinya turut mempunyai jadual yang padat untuk bercuti.
“Kami hidup dengan baik selepas berkahwin. Keadaan kami berdua yang sibuk membuatkan kami belum sempat untuk pergi berbulan madu.
“Tetapi buat masa sekarang kami mempunyai perancangan untuk menanti kehadiran cahaya mata. Setelah habis penggambaraan, kami mungkin akan pergi bercuti bersama,” katanya.
Sementara itu, perkara penting bagi Jung Suk apabila mendirikan rumah tangga adalah kehidupan yang stabil di samping dapat membina keluarga bersama isteri tercinta. – KopiPlanet.com