Cerita ArtisHiburan

Aliff Syukri Peruntukan RM800,000 Bantu Golongan Memerlukan

Sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, terdapat pelbagai pihak yang tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri misalnya telah memperuntukkan sebanyak RM800,000 bagi tujuan tersebut.

“Syukur alhamdulillah saya sudah berniaga hampir 11 tahun dan impian saya adalah untuk membantu ramai orang yang susah dengan hasil bisnes saya.

“Saya memperuntukkan lebih RM800,000 untuk membantu masyarakat di luar sana khususnya negeri Selangor, Kuala Lumpur, Kedah di rumah bapak mertua saya di Sungai Layar Sungai Petani, Negeri Sembilan rumah nenek saya dengan duit ini,” ujarnya menerusi posting yang dimuat naik di Instagram.

Menurut usahawan dan juga pelakon itu lagi, mana-mana pihak yang memerlukan bantuan amal dan zakat perniagaannya hanya perlu meninggalkan komen di laman sosialnya itu.

“Kalau ada penyakit kronik saya akan datang sendiri dan bantu beri duit RM1,000-RM10,000 dan akan buat video share di YouTube saya untuk ramai lagi orang boleh membantu anda.

“Anda mungkin calon yang akan saya bantu. Kepada pengguna, stokis, mop dan mp terima kasih kerana menyokong saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button