
Diana Danielle Anggap Pihak Jual Binatang Liar Secara Haram Tidak Berpelajaran
Pelakon Datin Diana Danielle mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjalankan perniagaan menjual binatang liar secara haram yang berleluasa menerusi laman sosial Facebook.
Menerusi entri di Instagram miliknya, pelakon itu menyatakan pihak berkenaan juga mendakwa mendapat surat dari istana untuk menjalankan kegiatan tersebut.
“Orang yang tak bertanggungjawab menjual wild animals di Facebook secara terang terangan. Bila orang cuba nak stop dia, dengan berlagak dia kata dia ada surat dari Istana? Wow kalau betul istana mana yang supply wild animals untuk dijual ni? Kenapa tutup muka kalau surat dari istana? @pdrmsia_official @perhilitan_malaysia, ramai dah tag tapi mereka masih bergerak aktif menjual these wild animals.
“Diorg hantar the wild animals pun simply in a box with holes. Maybe you wildlife illegal sellers are uneducated people yg hanya laparkan wang ringgit, tapi apa yang korang dah buat ni tanggung lah jika tersilap langkah di kemudian hari. Byk lagi cara halal, tak perlu nak rebellious sangat sampai hati perut yang diberi Allah SWT dicampak ketepi,” luahnya.
Dalam lama pada itu, menerusi satu entri yang lain pula, Diana turut mendedahkan mengenai KejoraPets yang menjalankan kegiatan berkenaan.
“Tentang pembelian haiwan liar semalam yg dijual oleh manusia tidak bertanggungjawab KejoraPets, seorang individu dah beritahu yang dia dah pernah report pasal KejoraPets tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya. Tidak seperti seorang artis yang telah membela beruang beberapa bulan lepas – dapat liputan meluas dan ditangkap selepas dia menyimpan beruang.
“If you have more information – please share thru DM. Pantas! I will keep sharing until awareness is at its highest. I will fight for the rights of these endangered animals. Please share and report on KejoraPets on Facebook, you are the voice. @perhilitan_malaysia @pdrmsia_official @chedetofficial @maya_karin @syedsaddiq @n_izzah,” tulisnya. – KopiPlanet.com