AntarabangsaKpop

Yoona Girls Generation Lawat Siwan Di Kem Tentera

Yoona Girls Generation baru-baru ini dilihat melawat hero gandingannya dalam drama bersiri The King Loves, Siwan di kem tentera.

Siwan kini berehat selama dua tahun selepas menjalani kem khidmat tentera yang diwajibkan ke atas warga negara lelaki Korea Selatan yang berusia 18 tahun ke atas.

Selain Yoona, turut melawat Siwan ialah barisan pelakon dan krew penggambaran drama tersebut antaranya Hong Jong Hyu dan Oh Min Suk.

Lengkap berpakaian uniform tentera, Siwan tampil segak dengan topi beret dan lencara militari.

Siwan mula memasuki kem latihan sejak 11 Julai lalu selepas beberapa kali menangguhkannya bagi memberi laluan kepada perjalanan karier seninya terlebih dahulu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button