
Norman, Memey, Abby Naik Pelamin Lagi
Kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga yang ditunjukkan pelakon Norman Hakim, Memey Suhaiza dan bekas isteri Norman, Abby Abadi memang agak rare dan boleh dijadikan contoh serta inspirasi buat semua.
Yelah, mana taknya, mereka bertiga baharu sahaja naik pelamin bersama-sama semalam bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey semalam.
Abby turut naik pelamin bersama suaminya, Faizal Zakaria, selain tiga anak hasil perkahwinan Norman dan Abby.
Memang cukup meriah majlis yang bertemakan Islamic Vintage itu menerusi gambar yang dikongsikan jurufoto rasmi mereka, sweetpictures_kl.
Meski tidak lagi bergelar suami isteri, namun Norman dan Abby masih lagi baik demi tiga anak mereka, Danish Hakim, Marissa Dania, Maria Danisha.
Majlis itu turut diserikan dua anak lelaki hasil perkongsian hidup Norman dan Memey, Muhammad Darwishz Hakim dan Muhammad Dirkhriz Hakim.
Majlis persandingan Norman dan Memey sebenarnya merupakan satu gimik sempena perlantikan mereka sebagai duta syarikat katering dan acara perkahwinan, Mahligai Impian Catering selama setahun. – KopiPlanet.com



