Cerita ArtisHiburan

“Duo Billy Zulkarnain Tidak Berpecah, Hanya Direhatkan Seketika” – Billy

Pernah tampil solo dan selepas itu berempat bersama Phyne Ballerz, kemudian tampil duo menerusi gandingan bersama Zulkarnain, kini Billy akhirnya tampil solo semula.

Ketika ditanya apakah status mengenai duo Billy Zulkarnain setelah tampil dalam Gegar Vaganza 5 dua tahun lalu, Billy menjelaskan duo berkenaan tidak berpecah dan sebaliknya direhatkan buat seketika.

“Tidak ada sebarang masalah antara saya dan Zulkarnain, malah hubungan kami masih baik dan saya sendiri memilih untuk bergerak solo.

“Apabila mengambil keputusan untuk bergerak solo, Zulkarnain juga memberi restu. Memang tidak ada masalah buat kami berdua,” jelasnya.

> Baca: Perjalanan Cinta Mira Filzah-Wan Emir Diabadi Dalam In Love With Mira

Billy berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single terbaharunya, Cinta yang berlangsung di Atsky@Cascade, Kota Damansara baru-baru ini.

Menurut Billy, dia juga mengakui tidak berasa terlalu janggal apabila kembali bergerak solo setelah agak lama beraksi dengan kumpulan dan duo.

“Apabila berkecimpung dalam dunia seni ini sudan pasti ada turun dan naik. Buat masa ini, nasib mungkin tidak menyebelahi Billy Zulkarnain.

“Selain itu, apabila sudah bergerak solo saya juga perlu bijak membahagikan masa antara komitmen kerja tetap dan karier nyanyian,” jelasnya yang kini memegang jawatan selaku pengurus kanan sebuah syarikat minyak dan gas.

Bercerita mengenai single terbaharunya, penyanyi itu berkata ia adalah hasil ciptaannya sendiri ketika bekerja di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button