
Mampu Bertahan Lama Sebab Adam Pilih Nama Kaktus
Bakat baharu, Adam Kaktus mempunyai sebab tersendiri kenapa memilih nama Kaktus sebagai nama komersilnya.
Menurut penyanyi yang memiliki nama lengkap, Muhammad Adam Zawahir ini, dia mengambil inspirasi Kaktus kerana sifatnya berduri di luar tetapi isi dalamnya adalah lembut yang mana menggambarkan dirinya dalam menperjuangkan seni muzik yang dibawakannya.
“Saya berharap saya mampu menjadi Kaktus, mampu bertahan dalam industri untuk satu jangka masa yang panjang.
“Bukan disebabkan itu sahaja, saya juga dapat ilham nama Kaktus setelah mendengar lagu Jacques Dutronc – Les Cactus yang dinyanyikan semula oleh Last Shadow Puppets (Alex Turner side project).
Kini bernaung di bawah New Southern Records Sdn Bhd (NSR), Adam tampil dengan single terbaharu berjudul Rama-Rama yang menceritakan tentang seorang wanita berasal dari Singapura yang bekerja kuat setiap hari untuk menyara kehidupannya.
Lagu yang menampilkan konsep Lo-fi / Bedroom Pop yang bermaksud sesebuah irama yang dihasilkan dengan menggunakan alatan muzik yang murah dan lagu yang dibuat dengan alatan yang mampu milik dan tidak menggunakan studio yang besar.
“Di luar negara, konsep sebegini sering mendapat tempat untuk penyanyi-penyanyi muda berkarya,” kata Adam.
Adam yang merupakan graduan jurusan Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini pernah muncul dengan tiga buah single berjudul Sajak Cinta, Sajak Curang dalam Dalam Tidurku.
Rama-Rama kini boleh didapati menerusi semua platform penstriman muzik dan saluran Youtube NSR. – KopiPlanet.com