
Penyanyi Haqiem Rusli ternyata mencipta kejutan apabila dinobat sebagai Bintang Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) yang berlangsung malam ini.
Kemenangan tersebut telah diumumkan sendiri oleh penyampai iaitu penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor.
Selain membawa pulang anugrah berkenaan, Haqiem turut memenangi dua kategori lain iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Boom Paling Popular menerusi lagu Lembah Kesepian.
Sementara itu, dua artis wanita iaitu penyanyi Siti Nordiana dan Sherry Alhadad pula masing-masing membawa pulang dua anugerah.
Sherry muncul pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular, manakala Siti Nordiana pula memenangi kategori Artis Versatil Popular dan Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan Popular bersama Khai Bahar.
Acara kemuncak ABPBH 33 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil telah dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda. – KopiPlanet.com
*Senarai Nama-Nama Pemenang ABPBH 33
- Artis Baharu Wanita Popular – Isyariana
- Artis Baharu Lelaki Popular – Chubb-E
- Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan Popular – Khai Bahar & Siti Nordiana
- Penyampai Radio Popular – DJ Lin
- Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad
- Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
- Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad
- Penyanyi Wanita Popular – Wany Hasrita
- Penyanyi Lelaki Popular – Haqiem Rusli
- Gandingan Serasi Drama Popular – Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)
- Gandingan Serasi Filem Popular – Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
- Lagu Paling Boom Popular – Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
- Artis Kontroversi Popular – Aiman Tino
- Anugerah FC #Fantastik Popular – Siti Nordiana FC
- Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
- Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
- Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid
- Pelakon Filem Lelaki Popular – Zahiril Adzim
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Francissca Peter
- Bintang Paling Popular – Haqiem Rusli