
Justin Timberlake Jayakan Half Time Super Bowl
Acara sukan tahunan yang ditunggu-tunggu setiap penduduk Amerika Syarikat iaitu Super Bowl bakal dimeriahkan oleh penyanyi Justin Timberlake pada tahun hadapan.
Super Bowl 2018 akan diadakan pada 4 Februari di US Bank Stadium, Minnesota.
Justin dipilih sekali lagi selepas kali terakhir mengadakan persembahan di Super Bowl pada 13 tahun lalu.
Konsert pada 2004 itu menjadi kontroversi apabila persembahan Justin bersama Janet Jackson dicemari dengan insiden payu dara penyanyi wanita itu terdedah apabila pakaiannya secara tidak sengaja direntap Justin.
Super Bowl Halftime Show merupakan konsert yang paling banyak ditonton penduduk di serata dunia dan kebanyakan penyanyi antarabangsa sering kali mendambakan untuk mengadakan persembahan pada acara sukan berkenaan.
Selain Justin, antara selebriti yang pernah membuat persembahan di Super Bowl Halftime Show ialah Coldplay, Beyonce, Katy Perry, Bruno Mars, The Who, Bruce Springsteen, U2, Lady Gaga dan Paul McCartney. – KopiPlanet.com