HiburanSelebriti

“Tak Ada Nak Drama-Dramalah Benda Ini…” – Dato Seri Vida Jalani Rawatan Dengan Seorang Ustaz, Tunjuk Video Gosok Telur Yang Ditulis Dengan Ayat Suci Al-Quran Di Mukanya

Setelah mengalami keadaan yang lemah, badannya terasa panas dan hampir muntah-muntah, akhirnya usahawan popular, Datuk Seri Vida atau DSV mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz.

Dalam satu perkongsian video di Instagram, menegaskan keadaan yang dihadapinya sekarang itu adalah satu perkara yang serius.

“Drama queen… drama queen… tak ada nak drama-dramalah benda ni. Penat dah nak berubat. Nantilah saya explain.

“Dan bukannya masalah stress. InsyaAllah, Allah bersama saya,” jelasnya.

Menerusi video yang dikongsinya itu juga, kelihatan DSV telah mengosok-gosok telur yang ditulis dengan ayat suci Al-Quran di mukanya.

Semasa sesi live Instagram beberapa hari lalu, DSV kelihatan mengipas dirinya sendiri kerana beliau berasa panas sedangkan individu di sebelahnya berasa sejuk.

Pada masa sama, DSV memohon agar semua pihak mendoakan kesihatan dirinya. – KopiPlanet.com.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button