HiburanSelebriti

“Orang Pertama Yang Terbit Dalam Fikiran Saya Adalah Datuk M. Nasir… Floor 88 Paksa Saya Masuk Kelas Vokal, Caprice Sangat Berlagak” – Iqbal

Sebelum ini, usahawan selebriti Iqbal Zulkefli pernah meluahkan hasrat untuk menghasilkan sebuah lagu berserta muzik video dengan kos sebanyak RM500,000.

Ternyata, hasrat berkenaan membuatkan ramai netizen yang mengatakan tentangnya, malah ada yang menyarankan beberapa nama kepada usahawan tersebut.

Yang terbaru, Iqbal menyatakan bahawa nama pertama yang terbit dalam fikirannya untuk merealisasikan hasrat berkenaan adalah Datuk M. Nasir.

“Orang pertama yang terbit dalam fikiran saya adalah Datuk M. Nasir, cuma saya rasa segan.

“Saya rasa Floor 88 adalah tepat kerana kesemua lagu mereka adalah trending,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

Bagaimanapun, Iqbal turut meluahkan bahawa adalah sedikit merumitkan untuk dia bekerjasama dengan kumpulan Floor 88.

“Hanya satu perkara yang saya tidak yakin, keinginan saya adalah lagu jiwang leleh, bukan seperti Zalikha, Hutang, Akikah. Adakah mereka mampu memberikan jiwa untuk saya luahkan scene menangis dalam MV?

“Floor 88 sedikit merumitkan saya kerana mereka paksa saya masuk kelas vokal,” ujarnya.

Pada masa sama, Iqbal juga menyifatkan bahawa Caprice adalah individu yang sangat berlagak dengan memintanya menari joget tradisional sambil rap dalam Starbuck depan orang ramai.

“Dalam banyak-banyak komposer @capriceofficial sangat berlagak. Adakah patut Caprice minta saya menari joget tradicional sambil rap dalam Starbuck depan orang ramai?

“Mahu buat music video di atas pasir di luar negara. Hmmm?? Kalau beli pasir 10 lori masuk dalam studio bolehlah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
12
+1
0
+1
6
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button