Cerita ArtisHiburan

Fattah, Fazura Sah Bergelar Suami Isteri

Pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 34, sah bergelar isteri kepada aktor Fattah Amin dengan sekali lafaz tepat jam 9.50 malam tadi dalam majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di sebuah hotel mewah di ibu kota.

Berita itu disahkan oleh pihak pengurusan Fazura, Universal Music menerusi kenyataan media.

“Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon Nur Fazura telah sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dengan sekali lafaz.

“Pasangan itu disatukan kira-kira 9.50 malam, 27 November dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut,” tulis kenyataan tersebut.

Pasangan yang digelar Fattzura itu sebelum ini mendedahkan mereka telah selamat bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya.

Pengumuman itu dibuat mereka dalam satu sidang media khas yang diadakan Khamis lalu sekembalinya pasangan itu daripada mengerjakan umrah.

Fattah, 27, dan Fazura dikatakan mula rapat pada pertengahan tahun ini selepas terlibat menjayakan drama bersiri Hero Seorang Cinderella. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button