
Akaun Instagram Janna Nick Kembali Normal
Setelah digodam, akaun media sosial Instagram milik pelakon My Coffee Prince, Janna Nick akhirnya kembali normal seperti sedia kala hari ini.
Dua hari lalu, Instagram milik pelakon berkenaan yang memiliki tiga juta followers telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga gambar-gambar yang terkandung di dalamnya hilang.
Pada masa sama, pelakon berkenaan turut meluahkan kekecewaannya apabila akaun Instagramnya tidak dapat diakses dan berusaha untuk mendapatkan semula akaunnya itu.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh KopiPlanet.com pada pagi ini mendapati akaun Instagram Janna Nick sudah pulih dan semua gambar-gambar yang dimuat naik kembali ada.
Malah, pelakon itu juga telah memuat naik sekeping gambarnya bersama para peminatnya dalam satu program di Bukit Jalil pada pagi tadi. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Janna Nick