
Sakit ditinggalkan tidak sama dengan sakit meninggalkan. Itu juga yang dirasai oleh seorang wanita yanh dikenali dengan nama Dahlia Shah apabila rumah tangga yang dibina musnah angkara orang ketiga.
Mendedahkan perkara berkenaan dalam media sosial miliknya, siapa sangka pekerja yang sudah dianggap sebagai keluarga sanggup menjalinkan hubungan istimewa dengan suaminya.
Pastinya lelaki berkenaan juga harus bertanggungjawab memandangkan gadis tersebut baru sahaja berusia 17 dan sudah bernikah tanpa pengetahuannya 10 bulan lamanya.
Dek kerana kecurangan suaminya itu, dia nekad untuk bercerai dan membesarkan anak sendirian.
“Akhirnya kami bercerai. Saya ditinggalkan kerana budak perempuan berumur 17 tahun. Rumah tangga yang dibina berkecai sekelip mata.
“Emosi anak-anak paling terkesan. Dah hampir setahun bekas suami tidak menjenguk. Maka pergilah lelaki berkenaan mengikut nafsunya,” luah Dahlia.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah sesekali menentang poligami namun bukanlah dengan cara pengkhianatan dan kepura-puraan seperti yang dihadapinya.
Mahu meninggalkan kisah tragis tersebut, dia gembira kerana mampu move on dan tidak lagi bersedih mengenangkan nasib diri semata-mata.
“Saya sangat bahagia sekarang. Saya move on sebulan sahaja selepas bercerai. Kepada para isteri yang sedang bersedih, saya ajarkan kalian bagaimana untuk move on.
“Hidup ini terlalu bernilai dan singkat untuk lelaki yang tak pandai menghargai kita,” tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap dia sebagai contoh terbaik untuk kaum wanita lain yang ditindas. – KopiPlanet.com






