
Miranda Kerr Mudah Pening Sejak Hamil Anak Kedua
Keinginan pasangan Miranda Kerr dan Evan Spiegel untuk memperoleh cahaya mata bakal terlaksana setelah model tersebut kini sedang hamil anak kedua.
Biarpun usia kandungan masih belum lagi didedahkan oleh Miranda, namun bekas isteri Orlando Bloom itu tidak kisah untuk berkongsi cerita tentang kehamilannya dalam wawancara bersama US Magazine.
“Ketika ini kami memang tidak sabar untuk menantikan kehadiran anggota keluarga baharu, terutama sekali Flynn yang teruja mendapat adik baharu,” ujarnya.
Bercinta lebih lanjut tentang kehamilannya, Miranda memberitahu terdapat beberapa perbezaan berbanding sewaktu dia hamil anak pertama dahulu, iaitu Flynn Bloom.
Ujarnya, sewaktu hamil anak kedua sekarang ini, dia sering berada dalam keadaan pening. Sedangkan dia tidak mengalami keadaan tersebut sewaktu hamil anak pertama.
“Memang berbeza pada kehamilan sekarang ini berbanding sewaktu mengandung kali pertama dahulu. Doktor menyatakan ia terjadi kerana hormon saya lebih kuat,” jelasnya. – KopiPlanet.com