AdvetorialKongsi

Wawa Cosmetics Raikan Kejayaan Leaders & Resellers, Kereta Mewah & Beg Tangan Berjenama Jadi Hadiah

Baru-baru ini Wawa Cosmetics telah menganjurkan WAWA Glamorous Bolly Night & Awards bagi meraikan kejayaan leaders dan resellers Wawa Cosmetics serta kakitangan syarikat tersebut.

Sambutan bertemakan Bollywood, para tetamu dihiburkan dengan persembahan muzik dengan menampilkan Kilafairy dan penyanyi sensasi TikTok, Putribollycover sebagai artis jemputan.

Pada majlis berkenaan, leaders & resellers Wawa Cosmetics diraikan dengan pelbagai hadiah istimewa dari Wawa Cosmetics sebagai menghargai usaha dan mengiktiraf wajah-wajah di sebalik kejayaan jenama tersebut.

Wawa Zainal berkata, berkata tahun lalu syarikat mencapai keuntungan yang diluar jangkaan dan ia banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara pihak syarikat dengan leaders dan resellers Wawa Cosmetics.

“Selain meraikan kejayaan yang diraih, kami turut melancarkan produk terbaharu, TRUE LOVE sebagai hadiah buat pelanggan setia WAWA Cosmetics.

“Pelancaran ini dibuat bersempena hadiah daripada suami saya yang tercinta, Aeril Zafrel sempena ulang tahun ke 11 perkahwinan kami,” ujarnya.

Wawa berkata, set berkenaan didatangkan dengan dua produk penting untuk penjagaan bibir yang lebih sihat dan menawan iaitu lip treatment dan lip matte.

Jelasnya, set berkenaan juga mengandungi formula untuk memastikan bibir si pemakai sentiasa kekal terhidrat, lembut dan licin sepanjang hari.

Pada majlis tersebut, Noor Hafizah binti Abu Samah membawa pulang hadiah berupa sebuah beg tangan jenama mewah berharga RM 18470.17 serta sebuah kereta Toyota Alphard beserta trofi.

Hadiah berkenaan diberikan setelah dia menjadi individu yang memperolehi total restock tertinggi iaitu berjumlah RM 3 432 776.90 pada tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button