
“Kau Ugut Aku, Allah Ugut Kau Balik!” – Nonny Nadirah Beri Gambaran Dirinya Jadi Mangsa Sihir
Setelah tiga tahun menyepi dari dunia hiburan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah akhirnya membuat kemunculan semula menerusi satu temu bual pada bulan lalu.
Malah, Nonny juga dililhat kerap berkongsi pelbagai perkara menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, meskipun masih tidak memuat naik sebarang posting.
Bagaimanapun, yang terbaharu pelakon berkenaan membuat pendedahan yang memberi gambaran dia telah menjadi mangsa sihir seseorang.
“Kita doa sungguh-sungguh agar dia bertaubat. Jika dia tidak mahu juga bertaubat dari hasil perbuatan tangannya, sihir-sihirnya, bukan hasil setahun dua, nauzubillahiminzalik.
“Sabar manusia mengikut kemampuannya. Perilakumu lagakmu seperti kau Tuhan. Ini bumi Allah. Allah ajar aku tentang yakin,” tulisnya.
Menerusi luahan yang dibuat di Insta Stories miliknya itu lagi, dia juga telah diugut serta individu berkenaan yang telah bertindak terhadap dirinya dahulu.
“Apa kau buat ni tidak lama lagi berbalik kepada kau dan keluarga kau kembali. Kau ugut aku, Allah ugut kau balik! Kau yang mula semua ni!
“Aku sudah hidup dengan dunia aku sendiri. Allah!!! Tiada guna diam dengan kau ni!!! Aku akan ingat sampai mati, dari tahun-tahun sudah, hari-hari kau buat aku menangis depan Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com




