Cerita ArtisHiburan

“Ini Bukan Baby Abbas…” Neelofa Maklumkan Bayi Menerusi Pantulan Cermin Bukan Anak Keduanya

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa menafikan bahawa wajah bayi yang dimuat naik di Instastory miliknya sehingga menjadi viral adalah anak keduanya iaitu Abdullah Abbas.

Neelofa berkata, dia berharap agar semua pihak untuk tidak salah faham sehingga menyangka sesi fotografi bersama bayi tersebut adalah anak keduanya itu.

“Ini bukan baby Abbas… Jangan salah faham guys,” tulisnya.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Neelofa menerusi satu posting yang dibuat di Instastory miliknya untuk menjelaskan perkara sebenar.

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila ramai menyangka wajah bayi yang jelas kelihatan pada pantulan sebuah cermin sewaktu sesi fotografi adalah Abbas.

Difahamkan, aksi bayi tersebut dipercayai telah dirakam di sebuah studio untuk promosi produk keluaran terbaharunya Little Nunha. – KopiPlanet.com

Neelofa sebelum itu turut memuat naik gambar Abbas namun dalam posisi meniarap dan tidak menampakkan wajahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button