Cerita ArtisHiburan

Enggan Panjangkan Isu, Roslan Shah Batal Sidang Media

Selebriti kelahiran Singapura, Roslan Shah yang sebelum ini dilaporkan akan membuat satu sesi sidang media bagi memberikan penjelasan mengenai isu pergaduhannya dengan Ifa Raziah, mengambil keputusan untuk membatalkan majlis tersebut.

Menerusi satu kenyataan media, majlis yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini telah dibatalkan oleh Roslan disebabkan dia enggan memanjangkan lagi isu ‘perang mulut’ yang melibatkan dirinya dan Ifa.

“Saya dengan ini membatalkan pertemuan dengan pihak media yang pada awalnya saya rancang pada Jumaat ini.

“Atas nasihat banyak pihak juga saya tidak akan membuat sebarang ulasan atau maklum balas berkenaan hal tersebut lagi selepas ini.

“Selepas ini, saya hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai penghibur, mencari rezeki dan menjaga ibu yang sakit di Singapura.

“Seperti sebelum sebelum ini, saya tidak sesekali mencari mencari publisiti murahan dengan bergaduh sesama rakan artis lain.

“Terima kasih kepada semua kawan-kawan media dan peminat yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya sepanjang saya bergelar artis di Malaysia dan juga di Singapura.

“Di sebalik semua cabaran dan dugaan hidup yang saya lalui, saya selalu percaya ada hikmah yang terbaik yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa disebaliknya,” katanya.

Hubungan Roslan dan Ifa dikatakan berantakan disebabkan Presiden Bintang Dangdut Malaysia (Bintang) itu mendakwa Roslan sering kali melaga-lagakan rakan artis termasuk selalu memaki hamun rakan-rakannya.

Pada Jumaat lalu, Ifa dikatakan telah bertemu dengan beberapa rakan media dan membuat kenyataan tentang Roslan yang turut disiarkan menerusi FB Live sehingga selebriti berkenaan turut membuat FB Live pada hari yang sama.

Kemudian, kedua-dua artis berkenaan terus membuat pendedahan mengenai kisah diri menerusi laman sosial masing-masing sehingga menerima pelbagai maklum balas daripada netizen.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama dua selebriti yang bersahabat baik ini dikatakan bergaduh, namun hubungan mereka dilaporkan sudah kembali jernih selepas itu. – KopiPlanet.com

Kredit foto:  Instagram Roslan Shah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button