
Semakin Mesra… Hrithik Roshan Dan Sussanne Khan Kembali Rujuk?
Perpisahan antara Hrithik Roshan dengan Sussanne Khan beberapa tahun lalu nyata tidak membuat hubungan mereka berdua renggang.
Setelah bercerai, pasangan ini malah semakin mesra dan saling menyokong antara satu sama lain. Malah, Hrithik dan Sussanne juga kerap tampil bersama.
Tidak hanya bercuti bersama anak-anak mereka, kedua-duanya juga kerap dilihat berdua dan menjadi peneman ketika salah satu daripada mereka terbabit dengan sebarang acara.
Keakraban Hrithik dan Sussanne ini membuat spekulasi tentang keinginan mereka untuk rujuk semakin kuat. Biarpun menafikannya, namun keakraban mereka menjadi bukti bahawa hubungan mereka memang sangat baik.
Ketika ini, khabar angin yang bertiup kencang apabila mereka dikatakan bakal bernikah semula. Pasangan yang memiliki dua orang anak itu dikatakan ingin memulakan kehidupan yang baru selepas berkahwin nanti.
Namun begitu, hingga saat ini baik Hrithik atau Sussanne, kedua-duanya enggan berbicara soal masa depan hubungan mereka dan berkenaan pernikahan.
Hrithik adalah teman pelindung yang selalu membela Sussanne ketika bekas isterinya ditimpa masalah. Demikian pula sebaliknya apabila Sussanne menjadi orang pertama yang melindungi Hrithik ketika ditimpa masalah seperti tuduhan tentang hubungan intim oleh Kangana Ranaut terhadap bekas suaminya itu. – KopiPlanet.com



