HiburanSelebriti

Datuk Red Masih Sayangkan Rumah Tangga, Nekad Enggan Ceraikan Isteri Pertama

Suami kepada penyanyi popular, Dato Red mahu mengekalkan perkahwinan dan enggan menceraikan isteri pertamanya iaitu Datin Red.

Menerusi laporan mStar, kenyataan tersebut dinyrajab sendiri peguam yang mewakili Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu iaitu Akmal Azam.

“Setakat ini saya dimaklumkan oleh anak guam yang dia tidak setuju dengan tuntutan penceraian ini.

“Dia, cuba pertahankan perkahwinan seperti isteri kedua (Adira). Dia masih sayangkan rumah tangga,” ujarnya.

Dalam sebutan hari ini, Datuk Red tidak dapat hadir disebabkan urusan kerja dan Akmal menjadi wakilnya. 

Sebelum ini, Datin Red telah menuntut cerai terhadap suaminya itu dengan alasan sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Datin Red memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada penghujung Januari lalu dan ia diketahui umum selepas dia memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: portal mStar

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button