Cerita ArtisHiburan

Bella Astillah Mengaku Ada Hubungan Dengan Muaz Zabir… Niat Sekadar Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Pelakon popular, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya ada hubungan dengan Muaz Zabir.

Bella berkata, hubungan berkenaan sudah berlaku pada tahun lalu dan turut diketahui suaminya, Aliff Aziz.

“Biarlah saya berterus terang. Ia berlaku pada tahun lalu. Ketika itu tujuan saya nak buat Aliff cemburu. Itu niat saya. 

“Bila saya buat sedemikian, ketika itu saya dapat tahu Aliff curang dengan dua wanita lain. Jadi, saya nak kan perhatian dia. Dengan cara itu, dia dapat beri perhatian kepada saya,” ujarnya. 

Bella berkata demikian ketika ditemui semasa sesi bersama media yang berlangsung pada petang tadi.

Sebelum ini, tersebar gambar dan mesej mesra antara Bella dan Muaz di internet sehingga mengejutkan ramai pihak.

Menurut Bella, sedar niat untuk membuat Aliff cemburu kurang baik, dia mengaku dengan kesilapan tersebut.

“Budak lelaki (Muaz) tu pun baik, kıta pula bila rasa tak dihargai, rasa macam sampah… bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya manusia biasa. 

“Ini adalah kesilapan saya selepas 10 tahun bersama Aliff. Ini bukan kejadian sekarang, tetapi tahun lepas dan kami sudah pun berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga, dah pergi bercuti bersama,” jelasnya.

Ujar Bella, selepas kejadian itu, dia melihat Aliff sudah menghargai dirinya.

“Pada masa itu saya fikir, saya dah buat kesilapan. Kita kena taubat, saya percaya semua orang ada buat kesalahan. 

“Inilah kesilapan saya dan saya minta maaf banyak-banyak. Itu silap dan dosa saya… saya pun dah minta ampun pada Aliff,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia mula menyedari berlaku perubahan pada diri Aliff apabila suaminya itu berlakon bersama Ruhainies.

Ujar Bella, merasakan gambar dia bersama Muaz tersebar adalah sebagai cara untuk Ruhainies dan Aliff menutup kes khalwat mereka.

“Aliff tak sedar ke Ruhainies dah mempergunakan dia. Sedangkan Aliff tahu apa yang Bella ada pasal dia.

“Orang marah, orang cakap Bella perempuan yang bodoh, tetapi orang tak tahu saya sayangkan rumah tangga.

“Saya nak anak-anak ada ibu bapa yang lengkap. Sebab tu saya rela berkorban,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button