Cerita ArtisHiburan

“Itu Adalah Kekhilafan Saya…” – Muaz Zabir Akhirnya Tampil Bersuara Isu Hubungan Dengan Bella Astillah

Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya pelakon Muaz Zabir tampil memberikan kenyataan mengenai hubungan istimewa dengan Bella Astillah.

Menerusi rancangan Melodi, Muaz mengakui hubungannya dengan Bella memang rapat dan ia terjadi pada tahun lalu.

“Memang betul saya rapat dengan Bella. Hal ini telah selesai pada tahun lepas lagi. Kita dah dapat kata sepakat daripada Aliff Aziz untuk move on atas apa yang terjadi. Saya pun telah move on dan kami tiada lagi apa-apa hunungan.

“Pada awalnya saya hanya menjadi pendengar keluhan Bella. Saya diberitahu bahawa Bella ingin membuat Aliff cemburu. Saya sebagai seorang rakan ingin membantu beliau,” jelasnya.

Menurut Muaz, dia sendiri tidak mempunyai sebarang niat untuk membuatkan rumah tangga orang lain menjadi porak-peranda.

Ujarnya, apa yang telah dipost itu membuatkan Bella akan mendapat perhatian daripada suami dan menyedari ia adalah kekhilafan dirinya dan Bella.

“Sumpah tiada niat di dalam hati untuk saya memporak-perandakan rumah tangga orang. Keluarga Bella tidak ada kena mengena dengan perkara ini, mereka tidak tahu apa yang terjadi antara saya dan Bella.

“Saya menghormati keputusan Bella dan keluarga untuk memperkatakan isu yang telah viral. Bagi tidak memudaratkan lagi keadaan, biarlah saya berdiam diri dahulu supaya tidak keruhkan lagi keadaan,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon itu juga tidak terfikir untuk mempunyai hubungan dengan isteri orang serta tiada niat untuk mencampuri pihak yang sudah berumah tangga.

“Apabila mendengar keluhan seorang ibu… seorang isteri, saya daripada perasaan ihsan itu berubah menjadi kesian. Saya tak pernah terfikir untuk ada apa-apa hubungan dengan isteri orang.

“Saya sangat selesa bila bersama dengan Bella sebab dia seorang yang sangat care, pandai jaga anak, seorang yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Menurut Muaz, dia mengakui apa yang berlaku juga memberi tekanan kepada dirinya, namun tidak dapat menghalang persepsi pihak lain atas kekhilafan dirinya.

“Saya dah belajar daripada kesilapan, takkan lari daripada masalah. Saya memohon maaf dan masih lagi memperbaiki diri saya.

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada semua pihak. Lagi-lagi yang terkesan dengan apa yang terjadi. Itu adalah kekhilafan saya,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button